Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Oden Viral Paling Sedap Dan Paling Menyangkut Setakat Ini, Memang Super!

Resepi Oden Viral Paling Sedap Dan Paling Menyangkut Setakat Ini, Memang Super!

Kategori:
resepi oden viral

Ini dia resepi oden viral paling sedap dan paling menyangkut. Kuahnya yang pekat memang menyelerakan. Persis oden dekat FamilyMart. Resepi kuah oden kali ni lebih berperisa dengan bahan tambahan seperti sayur dan daun limau. Jadi apa tunggu lagi, boleh masak sekarang dan makan sama-sama dengan keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 1/2 liter Air
  • 4 perencah asam pedas
  • 3 perencah tomyam
  • 3 perencah sup siam
  • 5 sudu air limau
  • 1 sudu cukup rasa
  • 4 batang serai dititik/diketuk
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 biji bawang besar belah 4
  • 10 biji cili padi
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 4 helai daun limau purut
  • fishball steamboat mix(pelbagai jenis ball yg ade beli jew ikut mn yg suka)
  • 5 keping mee kering(nie pun ikut suka xboh pun xpe)
  • sawi/cendawan (klu yg suka la xboh pun xpe ikut tekak masing²)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkn air ke dalam periuk.
  2. Panaskan sehingga mendidih dan kemudian masukkan serai, pes-pes tadi, air limau purut.
  3. Biarkan ianya menggelegak dan tambahkan sedikit secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan fishball mix, bawang besar, cili padi. (jika suka masukkan sawi/cendawan/mee).
  5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden masak.
  6. Taburkan daun ketumbar dan tomato.
  7. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mia zareef Afiq

 

tags: |