Oden merupakan makanan daripada negara Jepun. Dan makanan ini memang sangat digemari oleh kebanyakan orang Malaysia, tidak kira muda atau tua, kanak-kanak atau remaja. Semuanya memang amat menyukainya. Oden yang betul-betul sedap dan terbaik biasanya di jual di FamilyMart. Tetapi harganya sedikit mahal. Sekiranya anda nak jimat dan makan dengan puas. Boleh cuba buat sendiri oden ini dekat rumah dengan menggunakan resepi di bawah ini,
BAHAN-BAHAN:
- Lada boh (tumis sampai pecah minyak)
- Pes tomyam (ori thai)
- Belacan
Bahan Kisar:
- Bawang besar 2biji
- Bawang kecik 4biji
- Halia 1inci
- Bawang putih ulas
- Serai 1 btg
- Bunga kantan 2 btg
Add on (ikot suka korang)
- Daun kesum
- Asam jawa
- Daun limau
- Bahan-bahan oden( ikut suka korang laa nak makan apa)
CARA PENYEDIAAN:
- Tumis cili boh dan bahan kisar sampai pecah minyak. Lepas tu letak belacan (kalau suka)
- Dah pecah minyak, masukkan pes tomyam. Pes tomyam ni boleh pakai yang ori thai. Sedap.
- Perasakan masam masin manis. Balance kan dengan pes tomyam tadi.
- Apabila dah menggelegak masukkan semua bahan-bahan yang anda suka seperti hotdog dan sebagainya.
- Siap untuk dihidangkan.
Pencicah ala johnny (semua racik-racik halus)
- Daun ketumbar
- Bawang putih
- Sos tiram
- Cili padi
- Kicap sotong
- Minyak bijan
- Madu
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Aiza Ikhmal