Gabungan kek coklat lembut dan cheese dicampur bersama kepingan hancur biskut oreo memang sangat padu setiap kali suapan! Bunyi pun dah sedap kan? Jadi jom apa kata kita cuba buat Oreo Melt Cheese Leleh Viral ni, resepi perkongsian oleh Azlina Ina.
Resepi ‘Oreo Melt Cheese Leleh Viral’
Bahan-bahan untuk kek:
- 6 biji telur
- 1sb ovalate
- 1 cawan gula castor
- 1 sk esen vanila
- 1sk emolco coklat
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyk masak
- 1 cawan air panas
Cara-cara:
- Satukan telur, ovalet, gula castor, esen vanilla dan emolo coklat. Pukul sehingga gebu.
- Bila dah kembang, masukkan susu pekat dan minyak masak.
- Matikan mixer.
- Kemudian ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Tambahkan oreo crush ke dalam campuran tepung yang sudah diayak.
- Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam mixer yang sudah dimatikan.
- Akhir sekali baru masukkan air panas dan kacau rata.
- Isi 1/4 dalam bekas sq 450. Panaskan pengukus dan masukkan adunan tadi, tutup pakai plastik wrappung dan kukus selama 15 minit.
- Ok dah siap. Nak terbalikkan boleh, tak nak terbalikkan pun boleh. Biarkan sejuk seketika.
Bahan-bahan topping:
- 500g cream cheese
- 1/2 tin susu pekat
- 1 cawan whipping dairy
- 1 cawan susu segar
- Oreo crush
Cara-cara:
- Blend semua bahan kecuali oreo crush.
- Cucukkan kek tadi guna garfu, kemudian masukkan bahan topping yang diblend tadi.
- Sejukkan dalam 2-3 jam, kemudian baru taburkan oreo crush.
- Siap!
Kredit: Azlina Ina Fans
Selamat mencuba!