Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Pasta Vermicelli Dengan Isi Ayam

Resepi Pasta Vermicelli Dengan Isi Ayam

Kategori: ,,
Resepi pasta vermicelli isi ayam

Semua sudah sedia maklum bahawa hari ini 6 Jun 2021 bermula lah lockdown fasa pertama di seluruh Malaysia. Mesti ramai yang bekerja dari rumah. Anak-anak pula tak sekolah. Dah ada yang pening kepala ke tak tahu nak masak apa untuk anak-anak? Jangan risau, seperti biasa Daily Makan akan kongsikan bersama-sama dengan anda semua pelbagai resepi yang menarik.

Antaranya adalah Pasta Vermicelli Isi Ayam ini. Kalau buat pasti anak-anak suka tau. Bukan sahaja sedap malah nak menyediakannya memang mudah. Jom kita cuba sekarang!

Cara Buat Pasta Vermicelli Dengan Isi Ayam, Kegemaran Anak-Anak!

Bahan-bahan :

  • 200gm pasta vermicelli nak guna spaghetti pun boleh. Boleh beli kat shopee.
  • 4-5 keping lof ayam dipotong memanjang
  • 5 ulas bawang putih dipotong ikut suka hati
  • 4 sudu minyak zaitun, lebih pun ok.
  • 5 tangkai parsli, kalau takde ganti ketumbar atau basil atau chives. Kalau takde jugak kau cincang jer daun sawi tu halus-halus. Nak bagi nampak efek hijau dia tu.
  • Sedikit garam, lada hitam, serbuk cili dan parmesan jika ada.

Cara Penyediaan :

  1. Didihkan air dan masukkan vermicelli selama 6 minit. Kalau guna spaghetti kena rebus 12 minit. Jangan lebih. Set timer okeh. Kita nak vermicelli atau spaghetti tu sedikit kenyal atau orang Loqstaq sebut “al-dente”.
  2. Tengok timer, tinggal 3 minit lagi pasta tu nak masak, terus panaskan minyak zaitun dengan api sederhana, tumis bawang putih sekejap dan masukkan lof ayam.
  3. Kacau seketika kemudian masukkan garam, lada hitam dan chilli flakes.
  4. Kacau sampai timer dah berbunyi, langsung toskan air pasta tadi dan masukkan dalam kuali. Biar basah-basah tau, jangan tos sampai kering betul. Kita nak sedikit air dari pasta tu.
  5. Kacau sebati dan masukkan parsli tadi kalau ada. Kalau takde jugak takpe, tak marah aih. Then tutup api, siap.
  6. Hidangkanlah dengan renjisan minyak zaitun bersama percikan lada hitam, chilli flakes dan juga parutan keju parmesan.

P/s :

  • Aku suka hiris bawang putih biar keping besar, nanti bila kunyah akan rasa kesedapan dia tu. Lagi satu, senang aku nak asingkan untuk budak bertiga tu. Diorang kalau tergigit bawang putih terus  luah dan taknak makan dah. Geram jer aku.
  • Ehhh kau nak pakai udang, ke sotong ke, ayam ke, daging ke, suka hatilah yer. Nak bagi nama Aglio Olio ke, pasta goreng ke, mee goreng ke pun boleh jer.
  • Apa beza spaghetti, vermicelli dan angel hair? Spaghetti paling besar dan tebal, vermicelli separuh saiz spaghetti dan angel hair separuh saiz vermicelli.

Selamat mencuba!

Kredit : Khairul Abdullah

Baca juga : Resepi Pasta ‘Gigi Hadid’ Yang Viral, Patut Pun Viral Sebab Terlalu Sedap! Boleh Dapat Full Star!

tags: | |