Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Pau Kampung Terlajak Gebu, Resepi Simple Tapi Sedap!

Cara Buat Pau Kampung Terlajak Gebu, Resepi Simple Tapi Sedap!

Kategori:
resepi pau kampung

Kadang-kadang kalau beli pau di kedai atau gerai, inti di dalam pau tidak mencukupi atau pau tidak lembut dan sedikit keras bila dimakan. Memang buat spoil mood orang kata.

Apa kata jom cuba buat pau kampung perkongsian oleh Princess Scha Zura ini. Memang terlajak gebu dan semestinya sedap. Boleh letak inti banyak-banyak dan boleh letak aneka inti yang disukai, barulah boleh makan puas-puas.

Cara Buat Pau Kampung Terlajak Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 paket yis 11 gram (apa2 brand pun boleh)*
  • 2 sudu susu pekat*
  • 1 setengah cawan air suam*
  • 2 sudu gula*
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 tb spoon marjerin
  • 2 tsp baking powder
  • 1 tsp teh garam
  • Secubit bread improved (kalau tiada, gantikan dengan 2sk minyak masak)

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan-bahan bertanda (*). Dan biarkan kembang.
  2. Dalam bekas lain, campurkan bahan-bahan selain yang bertanda (*). Ramas semua buahan sehingga menjadi macam serbuk roti.
  3. Kemudian campurkan campurkan yis yang sudah kembang tadi dan gaul rata menggunakan spatula.
  4. Rehatkan doh sehingga naik kembang. Pastikan bekas ditutup seeloknya menggunakan kain napkin yang bersih.
  5. Bila doh dah naik kembang, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. Uli sekejap, kemudian ambil sedikit untuk buat bentuk bebola.
  6. Kemudian leperkan dan masukkan inti, tutup inti dengan menekan doh supaya inti tidak pecah semasa dikukus.
  7. Rehatkan pau sekejap sambil panaskan periuk kukusan dengan menggunakan api besar. Tapi perlu tunggu lama sebab bila kukus pau akan mengembang.
  8. Bila air dah mendidih, perlahankan api dan masukkan pau. Jangan lupa balut menutup kukus dengan kain bagi mengelak wap jatuh atas pau.
  9. Kukus dalam 5 minit sahaja untuk hasilkan pau yang gebu dan licin. Mengukus lama akan menyebabkan pau berkedut dan mengecut.
  10. Selepas 5 minit, buka penutup pau dan kukus tanpa penutup dalam seminit dan tutup api.
  11. Rehatkan pau sekejap dalam pengukus sebelum keluarkan pau.

# minit terakhir kukus pau tanpa penutup untuk mengekalkan pau cantik gebu dan licin dan tak mengecut.

Selamat mencuba. Semoga menjadi.

Kredit: Princess Scha Zura

tags: |