Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Pavlova Semudah ABC, ‘First Time’ Buat Pun Menjadi!

Resepi Pavlova Semudah ABC, ‘First Time’ Buat Pun Menjadi!

Kategori: ,
Pavlova Semudah ABC

Jom cuba resepi pavlova semudah abc ni. Pertama kali buat pun pasti menjadi!

Resepi Pavlova Semudah ABC

Bahan-bahan:

  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp esen Vanila

Bahan-bahan topping:

  • 1 cawan whipped Cream
  • 1/2 cawan gula ising
  • Buah buahan yang masam (starwberry, grape & kiwi)

Cara-cara:

  1. Pastikan bowl dan pemutar kering dan tak berminyak. Pastikan bersih supaya pavlova cantik.
  2. Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental dan bertanduk. (nak test dah ok atau tak, terbalikkan bekas atas kepala dan tak jatuh).
  3. Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka, kaup balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari tau. Sambil tu panaskan oven 150’c 15 min.
  4. Bakar pada suhu 140`c selama 1jam. Or 1jam 15min, selepas masak biarkan di dalam oven yang terbukak sikit sehingga sejuk.
  5. Pukul whipped cream and ising sugar sehingga kembang.
  6. Layerkan dgn whipped cream dan hiaskn dengan kreativiti masing2.
  7. Siap!

Kredit: Nurul Ashikin

Selamat mencuba!

 

 

 

tags: