Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Peanut Butter Cookies Yang Sedap Dan Menggiurkan Ni. Sangat Mudah Guna 5 Bahan Sahaja!

Jom Buat Peanut Butter Cookies Yang Sedap Dan Menggiurkan Ni. Sangat Mudah Guna 5 Bahan Sahaja!

Kategori: ,
resepi mudah peanut butter

Peanut butter cookies merupakan biskut yang berperisa kacang. Sangat sedap. Bagi penggemar cookies mungkin anda boleh cuba buat peanut butter cookies ni. Peanut butter cookies ini juga sesuai untuk sesiapa yang tengah diet sekarang. Nak membuatnya cukup mudah, hanya menggunakan 5 bahan sahaja dan tak perlu guna mixer pun. Sangat mudah kan? Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat sekarang.

Jom Buat Peanut Butter Cookies Yang Sedap Dan Menggiurkan Ni. Sangat Mudah Guna 5 Bahan Sahaja!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cup @ 1/4 cup gula perang
  • Peanut butter
  • 1 biji telur
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 cup coklat chip

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan gula perang ke dalam bekas. Boleh guna 1/2 cup atau 1/4 cup. Ikut selera anak tekak ya!
  2. Kemudian masukkan pula peanut butter. Wajib letak ni. Tak kisah jenama apa pun. Kalau nak lagi sedap ambil yang extra peanut atau crunchy.
  3. Masukkan telur.
  4. Masukkan pula baking soda, nanti tak mengembang pula cookies tu.
  5. Masukkan coklat chip dan kacau hingga sebati atau rata. Tak payah pakai mixer, pakai sudu pun okay.
  6. Ini rupanya bila dah sebati. Macam ni pun dah sedap tau. Belum bakar lagi.
  7. Akhir sekali, scoopkan dengan sudu dan gentel bulat-bulat. Letak bagi jarak sebab nanti dia akan mengembang. Lapikkan dengan baking paper supaya tak melekat. Bakar pada suhu 200 selama 8 minit je atau atas oven masing-masing.  Jangan lama nanti rentung.

Nota: Kalau nak mudah guna measurement spoon ni. lagi senang. Confirm menjadi.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nur Fatihah

Baca juga: Cara Buat Biskut Kacang Yang Crunchy Dan Sedap, Makan Depan TV Memang Mengasyikkan

tags: | |