Rupanya ada cara paling mudah nak buat sendiri Char Kuey Teow macam di kedai kat rumah! Untuk menjimatkan masa dan tenaga, buat je stok pes Char Kuey Teow siap-siap dan letak dalam peti sejuk. Bila dah makan senang sebab pes dah ada!
Nak tahu bagaimana cara nak buat pes Char Kuey Teow ini? Jom lihat perkongsian resepi oleh Fatin Nur Izzah di laman sosial Facebook yang telah mendapat lebih 46 ribu perkongsian. Selamat mencuba!
Lebih 46K ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Pes Char Kuey Teow Mudah & Sedap!
Bahan-bahan:
- 1 kg udang (ambil kepada dan kulit sahaja)
- 2 senduk kicap mans
- 2 senduk kicap pekat
- 2 senduk sos tiram
- 2 kiub pati ikan bilis
- 2 sudu cili boh
- 6 ulas bawang putih diketuk
Cara-cara:
- Letakkan kepada dan kulit udang dalam periuk bersama air (paras air sama dengan udang).
- Rebus sehingga mendidih dan kulit udang bertukar warna.
- Bila air rebusan dah sejuk, kisar sedikit demi sedikit sehingga habis.
- Tapis dalam periuk, buang hampas kulit udan.
- Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, pati ikan bilis dan cili boh ke dalam air tapisan udang tadi.
- Tambahkan bawang putih yang telah diketuk.
- Biarkan mendidih kemudian perlahankan api dan biarkan selama 30 minit atau lebih. Tak perlu tambahkan air.
- Dah sejuk simpan dalam bekas macam ni.
- Cara memasaknya, tumis 2 ulas bawang putih. Masukkan udang dan letakkan 1 senduk pes char kuey teow. Tambah sedikit air, kemudian masukkan kuey teow. Pecahkan sebiji telur, akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Siap!
Kredit: Fatin Nur Izzah
Baca Juga: Ini Tips Untuk Bersihkan Kuali Hitam Jadi Bersinar Dan Nampak Baru Dari Mak, Tak Perlu Rendam Pun! Rupanya Cuma Perlu Sabun Ini Saja!