Hai semua, hari ini kami akan kongsikan dengan semua Resepi Pisang Bakar Keju Viral. Resepi yang sangat senang dan untuk dapatkan bahan-bahannya juga sangat senang.
Resepi ini sangat sesuai dijadikan juadah sampingan untuk anda seisi keluarga. Cara-cara memasaknya juga teramat ringkas dan menjimatkan masa.
Resepi Pisang Bakar Keju Viral
Bahan yang cuma diperlukan:
- Pisang kepok
- Margarin
- SKM
- Keju secukupnya
Cara-cara Memasak:
- Kupaskkan pisang dan belah kepada dua. Letakkan pisang diatas pisang yang beralaskan plastik dan penyetkan sedikit pisang.
- Kemudian panaskan kuali dan letakkan sedikit marjerin. Tunggu sehingga marjerin cair. Kemudian masukkan pisang yang sudah dipenyetkan.
- Gorengkan seketika sehingga warnanya agak kuning keemasan. Kemudian angkat dan letakkan diatas pinggan.
- Taburkan cheese yang sudah diparut dan sedikit susu pekat. Topping mengikut citarasa masing-masing sekiranya mahu letakkan sos coklat.
Selamat mencuba menu ini, semoga bermanfaat. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.
Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda.
Kredit Oleh : Mama Adeeva