Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Popcorn Ayam yang Lazat

Resepi Popcorn Ayam yang Lazat

Kategori:
Popcorn Ayam

POPCORN AYAM

Popcorn ayam ialah isi ayam yang dipotong kecil dan digoreng ranggup dengan bahan perapan yang istimewa. Saiznya yang kecil seakan-akan popcorn. Membuatkan ia senang dikunyah terutama kanak-kanak. Anak-anak anda mesti suka popcorn ayam.

Bahan-bahan:

  • 7 ketul isi ayam (potong dadu)

Bahan 1

  • *6 ulas bawang putih
  • *2 batang serai
  • *1 sudu kecil lada hitam
  • *halia seinci

Bahan 2

  • 4 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk kari daging

Bahan 3

  • 2 biji telur

Bahan 4

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu the soda bikarbonat
  • Garam secubit

Cara memasak:

  1. Gaulkan ayam yang sudah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.
  2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkan bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 dan gaul sehingga sebati. (Perapkan selama 1 jam @ lebih)
  3. Pecahkan telur di dalam bekasa yang asing.
  4. Satukan bahan 4 dan gaul sehingga sebati.
  5. Celup isi ayam satu per satu ke dalam telur kemudian ke dalam tepung. Terus masukkan ke dalam minyak panas satu per satu. Buka api perlahan dan goreng sehingga masak dan toskan.

Memang terbaik, sangat sedap dan senang disediakan. Pendek kata dengan popcorn ayam ni, sesiapa pun boleh sediakan popcorn sendiri di rumah. Yeayyyyyy. Selamat mencuba !

Untuk tontonan lebih lanjut rujuk video dibawah.

tags: | |