Pernahkah anda dengar berkenaan dengan popia sumbat? Popia sumbat kacang tanah merupakan salah satu menu popia yang enak untuk dicuba. Pastinya ramai yang menggemari popia bukan? Popia ini merupakan salah satu kudapan yang sangat enak dan menyelerakan. Popia ini sering kali menjadi santapan atau kudapan ketika hari raya. Pelbagai jenis popia yang ada pada ketika ini sama ada popia basah atau pun popia kering.
Selain dari itu, banyak lagi popia yang belum kita kenali dan cuba buat sendiri. Antaranya adalah Popia Sumbat Kacang Tanah ini. Rasanya memang sangat enak dan pastinya membuat ramai yang menggemarinya. Nak cuba buat popia seperti ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Hasliza Subhi ini.
Mudah sahaja kan nak buat Popia Sumbat Kacang Tanah ini? Sekali makan pasti jatuh cinta. Memang puas hati sangat kalau buat ni. Kalau rajin, buatla pula untuk jualan. Pasti laku keras punya!
Kredit: Hasliza Subhi Via BIKMM
Baca juga: Jarang Jumpa Orang Buat, Popia Cendawan Enoki Rangup. Rasa Macam Sotong Tepung Pun Ada