Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Cukup Masa? Jom Cuba Resepi Prawn Scampi Pasta. Sekejap Saja Siap, Sangat Mudah

Tak Cukup Masa? Jom Cuba Resepi Prawn Scampi Pasta. Sekejap Saja Siap, Sangat Mudah

Kategori: ,
PRAWN SCAMPI PASTA

Prawn Scampi Pasta merupakan hidangan yang sangat digemari di kalangan orang Barat. Walaupun ia antara resepi pasta yang sangat ringkas, ia tetap enak dan mudah untuk disediakan.

Selalunya setiap resepi yang telah dikongsikan sering menggunakan white wine tapi resepi Prawn Scampi Pasta yang telah diolah oleh Sheena’s Cooking Passion ini sesuai sangat bagi mereka yang tidak konsum alkohol. Jom baca secara lebih lanjut.

Tak Cukup Masa? Jom Cuba Resepi Prawn Scampi Pasta. Sekejap Saja Siap, Sangat Mudah

Bahan-bahan

  • 8 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak zaitun – dapatkan yang murah di sini
  • 1 sudu besar jus buah lemon
  • Spaghetti Angel Hair
  • 1/4 cawan air rebusan spaghetti
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil chili flakes
  • 2 sudu besar daun parsley (dipotong)
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • Sedikit garam PRAWN SCAMPI PASTA

Cara penyediaan

  1. Masak spaghetti mengikut arahan yang telah disediakan pada pek. Angkat, tos dan ketepikan. PRAWN SCAMPI PASTA
  2. Panaskan butter dan minyak zaitun di dalam kuali. PRAWN SCAMPI PASTA
  3. Tambahkan bawang putih dan udang. PRAWN SCAMPI PASTAPRAWN SCAMPI PASTA
  4. Kacau sekali sahaja dan masak udang selama satu minit. PRAWN SCAMPI PASTA
  5. Kacau sekali lagi dan biarkan udang masak selama satu minit lagi. PRAWN SCAMPI PASTA
  6. Perasakan dengan garam dan lada hitam. PRAWN SCAMPI PASTA
  7. Letakkan air rebusan ayam, spaghetti, jus buah lemon, chili flakes, daun parsley.  PRAWN SCAMPI PASTAPRAWN SCAMPI PASTAPRAWN SCAMPI PASTAPRAWN SCAMPI PASTA PRAWN SCAMPI PASTA
  8. Kemudian, letakkan spaghetti dan gaul dengan rata. PRAWN SCAMPI PASTAPRAWN SCAMPI PASTA
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. PRAWN SCAMPI PASTA

Menarik juga hidangan ini, kan? Bagi korang yang ingin explore hidangan Itali lain, bolehlah cuba resepi Prawn Scampi Pasta ini. Dijamin sedap dan kena dengan selera korang.

Selamat mencuba!

Kredit: Sheena’s Cooking Passion

Baca Juga: Resepi Pasta Bisque Udang Masam Dan Manis, Menu Yang Agak ‘Rare’

tags: | |