Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Premium Butter Cake Yang Enak & Simple, Tak Susah Pun Nak Sediakan

Ini Resepi Premium Butter Cake Yang Enak & Simple, Tak Susah Pun Nak Sediakan

Kategori: ,
premium butter cake

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan premium butter cake, kek yang ringkas tapi tetap sedap untuk dinikmati tak kira waktu. Tak kira musim, ia tetap menjadi pilihan terkenal dan digemari oleh semua orang di serata dunia. Malah, ada pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menyediakan premium butter cake yang enak.

Bagi anda yang ingin menikmati rasa kek yang enak tanpa dihiasi dengan pelbagai jenis frosting yang berat, jom cuba resepi ringkas premium butter cake yang dikongsikan oleh Nurul Atikah Mustafa. Memang tampak mudah untuk dicuba, penggemar kek pun mesti terliur melihatnya. Jom baca perkongsian penuh olehnya.

Resepi Premium Butter Cake

Bahan-Bahan

  • 250g premium pure butter (boleh guna jenama ini)
  • 250g self raising flour
  • 250g gula kastor
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovalette

Cara Penyediaan

  1. Pukul butter sehingga berwarna sedikit cerah.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul perlahan.
  4. Tambahkan esen vanilla dan ovalette dan kacau sedikit lagi.
  5. Masukkan tepung dan slowkan mixer sampai rata.
  6. Letakkan dalam loyang 8 inci yang dah dilapik baking paper.
  7. Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 50 minit. Api atas bawah. (Mengikut oven masing-masing)
  8. Siap untuk dinikmati.

premium butter cake premium butter cake

Resepi ini tampak mudah sahaja, kan? Sekali sekala kita cuba rresepi kek yang simple dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas juga lebih best. Memang berpuas hati bila cuba nanti.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Nurul Atikah Mustafa

Baca Juga: Dengan 5 Ribu Lebih Share Di Facebook, Ini Resepi Wool Bread Yang Manis Dan Lebih Sedap Dari Kedai Bakeri!

tags: