Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat, Resepi Yang Perlu Dicuba Oleh Anda. Sangat Gebu & Sedap!

Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat, Resepi Yang Perlu Dicuba Oleh Anda. Sangat Gebu & Sedap!

Kategori: ,
resepi Premium Royal Thai Buttercake versi Coklat

Kek Butter merupakan antara kek yang sangat digemari ramai. Malah sejak kebelakangan ini viral pula kek Premium Royal Thai Buttercake. Seperti namanya, rasanya juga sangatlah premium. Namun kali ini ada pula resepi Premium Royal Thai Buttercake versi Coklat. Lihat sahaja gambarnya, tampak menggiurkan bukan? Sangat smooth dan betul-betul memukau.

Nak cuba buat kek ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi Ummu Yusuf di bawah ini. Pasti tak menyesal punya. Sangat puas hati. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba masak sekarang.

Cara Buat Premium Royal Thai Buttercake versi Coklat Yang Sedap Dan Menggiurkan!

Bahan-bahan:

Bahan A: 

  • 150 gram butter
  • 70 gm gula icing
  • 70 gram gula halus
  • 12 gram ovalette
  • 181 gram telur (pukul telur macam nak buat telur dadar, kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja)

Bahan B:

  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 1 tsp baking powder
  • 20 gram serbuk koko

Bahan C:

  • 80 gram full cream milk/ fresh milk
  • 1 tsp esen creamy vanilla

Bahan lain:

  • 120 gram dark chocolate (dicairkan)
  • Loyang saiz 7 inci

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan A kecuali telur. Putar semua bahan sehingga betul-betul kembang dan menjadi warna putih.
  2. Kemudian baru masukkan telur sedikit demi sedikit, putar sekejap.
  3. Seterusnya dalam bekas lain, satukan semua bahan B.
  4. Dalam bekas lain juga, campurkan bahan C.
  5. Kemudian masukkan campuran bahan B berselang seli dengan bahan C ke dalam bahan A. Putar sekejap sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan colat yang telah dicairkan, putar sekejap.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyam. Lorekkan adunan guna lidi atau chopsticks dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek.
  8. Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air, kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
  9. Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah dan bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau mengikut oven masing-masing.

Mudah sahaja kan nak buat Premium Royal Thai Buttercake versi Coklat ini? Sangat sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut kepada tetamu yang datang ke rumah. Bukan itu sahaja, ianya juga sangat sesuai untuk dihidangkan sewaktu hari perayaan dan sambutan hari jadi.

Kredit: Ummu Yusuf Via MAHN

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang ‘Premium’, Memang Moist, Lembut & Sedap!

tags: |