Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Puding Coklat Susu Polkadot

Indonesian Cuisine: Resepi Puding Coklat Susu Polkadot

Kategori: ,,

Berikut adalah Resepi Puding Coklat Susu Polkadot yang sedap dan menyelerakan. Resepi ini sangat mudah dan bahan-bahannya senang untuk diperolehi.

Resepi ini sangat sesuai untuk disajikan semasa minum petang atau pencuci mulut di majlis-majlis tertentu.

 

 

Bahan puding susu adalah:

  • 1 sachet agar2 putih
  • 1 sachet susu bubuk putih (27 gram)
  • 1 sachet SKM putih
  • 500 ml air (2 gelas belimbing)
  • 2 sdm gula pasir/sesuai selera

 

Bahan puding coklat adalah:

  • 1 sachet agar2 coklat
  • 1 sachet chocolatos bubuk
  • 1 sachet SKM coklat
  • 500 ml air (2 gelas belimbing)
  • 2 sdm gula pasir/sesuai selera

Cara-cara Memasak:

  1. Campurkan puding susu iaitu, air, susu bubuk, bubuk agar putih, susu kental manis putih dan gula pasir dan adukkan hingga sekata. Kemudian panas sehingga mendidih.
  2. Kemudian tuangkan kedalam bekas. Ambil sedikit adunan untuk dijadikan polkadot.
  3. Untuk bahan cokalt, campurkan coklatos bubuk, susu kental manis coklat, gula pasir dan agar coklat. Adukkan hingga sebati. Kemudian masak hingga mendidih.
  4. Susunkan polkadot dalam bekas besar, kemudian tuangkan puding coklat sedikit.
  5. Kemudian masukka puding susu dan masukkan puding coklat hingga penuh. Biarkan sejuk dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba menu ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda:

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | | |