Puding gula hangus ataupun puding karamel menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat umur. Enak dinikmati sewaktu dingin.
Ikuti resepi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali di laman Facebook miliknya. Resepi daripada Bondanya menjadi perkongsian kali ini.
Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Gula Hangus Cara Paling Simple, Ajaran Bonda Jadi Panduan Sejak Dulu
Bahan-Bahan (loyang 7 inci)
- 1 cawan gula ( bahagikan dua : 1/2 cawan untuk topping , 1/2 cawan untuk bahagian dalam puding)
- 1 tin susu cair
- 6 biji telur gred B ( kalau pakai gred A pakai 5 biji)
- 2 keping roti. Nak pakai 1 keping pun boleh
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil essen vanila

Cara Penyediaan
- Rendam roti tadi dengan air masak sehingga melebihi roti. Tunggu dalam 5 minit baru ramaskan roti dan buang air tadi dan ketepikan

- Ambil 1/2 cawan gula, letas atas pan dan buka api perlahan, kena sentiasa kacau, sampai gula mencair dan warna brown mcm dalam gambar, terus matikan api. Tak perlu lama-lama atas api nanti pahit.

- Panas-panas tu terus tuang dalam loyang. Ratakan dengan menggerakkan loyang sahaja. Kena cepat-cepat sebab dia akan keras. Tapi kalau mengeras pun takpe sbb dia akan cair balik masa kukus nanti

- Pecahkan 6 biji telur, kacau sebati dan masukkan : 1/2 cawan gula + 1 tin susu cair + 1 sudu kecil garam + 2 sudu kecil essen vanila

- Kacau kesemua bahan diatas hingga sebati.
- Dah sebati masukkan roti yg dah ramaskan tadi. Kacau sebati

- Masukkan dalam pengukus selama 45 minit, then siap!

Nota: Simpan dalam peti makan sejuk-sejuk lagi sedap.
Kredit: Muhammad Ali
Baca Juga: “Nak Buat Tak Susah, Yang Jadi Susah Tu Kalau Malas”- Nak Beli Mahal Sangat, Mak Kongsi Resepi Buat Burnt Cheese Cake Paling Senang!