Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lain Dari Yang Lain, Ini Resipi Puding Laici Bunga Telang, Sejuk & Sedap Untuk Berbuka Puasa

Lain Dari Yang Lain, Ini Resipi Puding Laici Bunga Telang, Sejuk & Sedap Untuk Berbuka Puasa

Kategori: ,
puding laici bunga telang

Puding laici merupakan antara puding kesukaan ramai. Malah di media sosial, tular pelbagai variasa puding laici yang menarik untuk anda cuba. Walaupun nampak ringkas, setiap orang akan mempunyai cara yang unik untuk menyediakannya.

Bagi anda yang mahukan kelainan, di sini kami kongsikan resepi puding laici bunga telang yang bukan sahaja unik tapi sangat sedap untuk dimakan. Caranya ringkas sahaja untuk disediakan.

Lain Dari Yang Lain, Ini Resipi Puding Laici Bunga Telang, Sejuk & Sedap Untuk Berbuka Puasa

Bahan adunan pertama

  • 6gram serbuk agar-agar
  • 7 sudu besar gula
  • 20 kuntum bunga telang (telah direndam air panas)
  • 1 tin laici (diambil air sahaja)
  • 600ml air (setelah dicampur dengan air rendaman bunga telang dan air laici)
  • Buah laici (disusun di dalam acuan seperti dalam gambar)

Bahan adunan kedua

  • 300ml air
  • 300ml santan
  • 6gram serbuk agar-agar
  • 7 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan adunan pertama

  1. Campurkan semua bahan di dalam periuk.
  2. Kacau hingga sebati.
  3. Buka api secara perlahan.
  4. Kacau perlahan sehingga mendidih.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
  6. Biarkan sejuk dan sedikit keras.

Cara penyediaan adunan kedua

  1. Campur semua bahan adunan kedua kecuali santan.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Buka api dengan perlahan.
  4. Kacau adunan sehingga hampir mendidih.
  5. Masukkan santan dan kacau seketika.
  6. Tutup api dan biarkan sedikit suam.
  7. Tuang adunan kedua dalam acuan.
  8. Pastikan adunan satu tadi sedikit mengeras supaya adunan tidak bercampur.
  9. Boleh tuangkan adunan selang seli ikut citarasa.
  10. Sejukkan di dalam peti ais. PUDING LAICI BUNGA TELANG PUDING LAICI BUNGA TELANG PUDING LAICI BUNGA TELANG PUDING LAICI BUNGA TELANG PUDING LAICI BUNGA TELANG

Nampak sedap dan simple sahaja untuk menyediakan puding laici bunga telang ini, kan? Resepinya teramat ringkas untuk para suri rumah mencubanya sempena Ramadan ini.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Khairun Nur Akmal via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Tepung Pelita Sukatan Cawan. Cara Orang Lama Yang Sempurna Rasanya, Memang Laku Keras

tags: | |