Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Terlalu Cantik! Ini Resepi Puding Roti Bunga Telang Yang Memikat Hati. Sayangnya Nak Makan!

Terlalu Cantik! Ini Resepi Puding Roti Bunga Telang Yang Memikat Hati. Sayangnya Nak Makan!

Kategori: ,
puding roti bunga telang

Bunga Telang merupakan pokok yang mempunyai bunga berwarna ungu kebiruan. Secara tradisional, bunga ini digunakan sebagai pewarna makanan semulajadi seperti mi, pulut dan nasi kerabu. Selain itu, kuntum bunga ini juga dikeringkan dan dijadikan teh kerana ianya boleh membantu mengekalkan awet muda dan menjaga kesihatan kulit.

Sekarang penggunaan bunga telang amat jarang dalam masakan kerana ianya sukar untuk dikutip tapi Aishah Nasim telah berkongsi satu resepi yang menggunakan bunga telang dengan cara yang sangat kreatif. Bukan direndam bersama beras, tapi bunga telang dijadikan sebagai bahan dalam puding roti. Ini resepi puding roti bunga telang olehnya.

Resepi Puding Roti Bunga Telang Yang Cantik

Bahan-Bahan

  • Roti Gardenia 5 keping (koyak-koyak, dikisar)
  • Susu cair 1 cawan (dikisar)
  • Susu pekat 1 cawan (dikisar)
  • Gula 5 sudu (dikisar)
  • Majerin 2 sudu (dikisar)
  • Ovallet 1 sudu (dikisar)
  • Telur 2 biji (dikisar)
  • Esen vanilla 1 penutup (dikisar)
  • Agar-agar 10 gram
  • Air 4 cawan
  • Bunga Telang secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Letakkan agar-agar di dalam air. Masak dengan api perlahan sampai agar-agar larut.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Masak sehingga sedikit likat. Kacau selalu.
  3. Basahkan loyang dan letakkan bunga telang. Perlahan-lahan masukkan bancuhan.
  4. Masukkan ke dalam peti ais dan biar sejuk untuk beberapa jam. Bila agar-agar dah keras, boleh hidang. Siap.

Sangat kreatif juga penggunaan bunga telang dalam resepi ini, kan? Cantik sangat puding roti ini, rasa sayang pula nak makan. Sejuk saja mata tengok bunga-bunga yang cantik dalam puding. Jika anda mempunyai pokok bunga telang di rumah, boleh lah cuba resepi ini.

Selamat mencuba.

Kredit: Aishah Nasim

Baca Juga: Bukan Saja Cantik, Tapi Teh Bunga Ada Kebaikannya! Jom Kenal Jenis Teh Bunga Dan Khasiatnya!

tags: |