Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Anak Kelantan Yang Hidup Di Negeri Orang, Ini Adalah Resepi Pulut Pagi Kelantan Untuk Hilangkan Rasa Rindu Negeri Cik Siti Wan Kembang

Buat Anak Kelantan Yang Hidup Di Negeri Orang, Ini Adalah Resepi Pulut Pagi Kelantan Untuk Hilangkan Rasa Rindu Negeri Cik Siti Wan Kembang

Kategori: ,
Pulut Pagi Kelantan

Negeri Kelantan adalah negeri syurga makanan kerana pergi sahaja ke pelusuk negeri ini, anda akan menjumpai pelbagai makanan. Salah satunya adalah pulut pagi Kelantan yang dijadikan sebagai sarapan pagi. Ia mempunyai rasa manis dicampur bersama rasa lemak masin kelapa muda parut.

Kalau dah duduk di luar negeri Kelantan, memang susah untuk dijumpai. Jadi, apa kata anda sendiri hasilkan dan mana tahu boleh menjual Pulut Pagi Kelantan di sana.

Buat Anak Kelantan Yang Hidup Di Negeri Orang, Ini Adalah Resepi Pulut Pagi Kelantan Untuk Hilangkan Rasa Rindu Negeri Cik Siti Wan Kembang

Resipi Pulut Pagi Kelantan ini dikongsikan oleh Lia Amelia di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda. Terdapat dua cara untuk hasilkan Pulut Pagi Kelantan ini.

Pulut Pagi Kelantan

Bahan-Bahan:

  • Beras pulut 2 cawan (direndam 1jam)
  • Nise siam (3 keret)
  • Gula 1 – 2 sudu besar
  • Daun pandan (3 helai)
  • Kelapa puteh yang dicampur garam

Pulut Pagi Kelantan

Cara Penyediaan 1:

  1. Tanak atau kukus pulut seperti biasa dengan air serta daun pandan.
  2. Paras air lebih sedikit dari tenggelam pulut.
  3. Sementara pulut sedang masak, parutkan nise.
  4. Bila pulut dah masak, gaulkan parutan nise serta gula bersama pulut hingga mesra kesemuanya.
  5. Kukus balik pulut 5 – 10 minit. Makan dengan kelapa parut putih bergaram.

Cara Penyediaan 2:

  1. Panaskan air dalam kukusan dan lapikkan kukusan berlubang dengan daun pandan.
  2. Toskan pulut kemudian kukuskan selama 20minit.
  3. Masakkan nise serta gula dengan sedikit air sehingga agak-agak likat.
  4. Gaul sebati dengan pulut yang dikukus dan kukus balik pulut 5 -10 minit.
  5. Hidangkan dengan kelapa putih bergaram.
Pulut Pagi Kelantan

Terus terubat rindu dengan kampung halaman bila dah cuba buat Pulut Pagi Kelantan ini. Nanti, boleh lah bagi jiran-jiran merasa dan mungkin boleh jual kepada mereka. Terus dapat buat side income di negeri orang.

Selamat Mencuba!

Kredit: Lia Amelia

Baca Juga: “Semperit Tepung Pulut Pertama Dalam Sejarah..” – Akibat Bersengkang Mata Pukul 4 Pagi, Kuih Semperit Wanita Ini Tak Jadi Sebab …

tags: | |