Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Mudah Buat Punten Makanan Orang Jawa Yang Sedap Dan Menyelerakan

Resipi Mudah Buat Punten Makanan Orang Jawa Yang Sedap Dan Menyelerakan

Kategori: ,,

Punten adalah antara makanan orang jawa yang terkenal di kawasan Sabak Bernam. Ia merupakan makanan yang dimakan sewaktu sarapan pagi. Punten ini seperti nasi himpit je rupanya, tetapi rasanya lain. Punten ini lebih sedap dan berlemak kerana dimasukkan santan. Kalau anda nak cuba, boleh rujuk resepi dibawah.

RESIPI PUNTEN

BAHAN-BAHAN:

(1:3 sukatan beras dan santan)

  • 2 pot beras
  • 6 pot santan/ sebiji kelapa
  • Sedikit garam (supaya rasa lemak)
  • Sedikit kelapa parut ( tak nak letak pun takpe)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cuci beras sampai bersih, lepas itu masukkan santan, garam, kelapa parut.
  2. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
  3. Apabila air dah kering, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
  4. Ambil botol, sarung dengan plastik bagi memudahkan untuk menumbuk supaya teskstur lagi lumat. (Botol apa-apa pun boleh, botol sos tomato)
  5. Setelah lumat, kepal-kepalkan dan bentukkan mengikut citarasa anda. Kalau panas alaskan dengan plastik. Kalau nak lebih cantik, boleh guna acuan kuih.
  6. Kemudiaan sejukkan. Dah sejuk baru potong. Rupanya akan cantik kalau di potong ikut persegi.

RESIPI SAMBAL BILIS:

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 biji bawang merah
  • 3-4 biji bawang putih
  • 2 genggam ikan bilis. Segenggam sahaja yang dikisat. selebihnya tabur dalam sambal masak dimasak nanti.
  • Sedikit belacan jika suka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1-2 asam keping

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masak semua dan bila dah masak bolehlah digandingkan dengan punten tadi.

Kredit: Mariyati Miskon

tags: