Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Quiche Tuna Cheezy Untuk Anak-anak Minum Petang, Sekali Makan Mesti Anak Minta Lagi

Resepi Quiche Tuna Cheezy Untuk Anak-anak Minum Petang, Sekali Makan Mesti Anak Minta Lagi

Kategori: ,
Resepi Quiche Tuna Cheezy

Resepi quiche tuna cheezy boleh dimasak untuk dijadikan minum petang lagi-lagi dengan kelazatan keju sampai kecur liur dibuatnya. Boleh kenyang sampai malam. Jika anak-anak tidak gemar tuna, boleh tukarkan kepada ayam.

Quiche Tuna Cheezy

Resepi Quiche Tuna Cheezy

Bahan-bahan Pastri:

  • 220 gram tepung gandum
  • 125 gram mentega sejuk didadu
  • 4 sudu besar air sejuk ais
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 cawan kacang hijau
    (sebagai pemberat untuk elakkan pastri gelembung semasa bakar)

Cara Buat Pastri

  1. Masukkan tepung dan gula kastor dalam satu bekas. Gaul hingga rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti.
  3. Tuang air ais sedikit-sedikit dan gaul hingga tidak melekat di tangan.
  4. Bulatkan doh, bungkuskan dengan plastik cling, simpan dlm peti sejuk selama 30 minit.
  5. Setelah itu canaikan doh 1/2 inci tebal dalam acuan tart bersaiz 8 inci. Cucuk doh dengan garfu.
  6. Alas doh dengan kertas minyak dan letakkan kacang hijau atasnya. Cara ini utk menjadikan pastri masak cantik.
  7. Bakar doh selama 20-25 minit dengan suhu 170c. Kemudian alihkan kertas minyak dan kacang hijau. Sambung bakar hingga permukaan pastri keperangan. Keluarkan dari oven.

Kacang Hijau

Bahan-bahan Inti:

  • 1 tin tuna flakes
  • 1 labu bawang besar holland dihiris bulat
  • 4 tangkai daun bawang hiris
  • 1 keping keju cheesedale atau 2 sudu besar keju cheddar diparut
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan-bahan Kastard:

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan mayonis
  • Secubit garam
  • Campurkan kesemua bahan-bahan kastard dan gaul hingga rata.

Hiasan:

  • Capsicum merah/hijau,
  • 2 sudu besar hirisan daun bawang

Inti Keju

Cara Sediakan Quiche Tuna Cheezy

  1. Gaulkan tuna flakes dengan daun bawang dan serbuk lada hitam.
  2. Letakkan atas pastri tadi. Susun hirisan bawang besar atasnya.
  3. Tuang perlahan-perlahan bancuhan kastard atas inti hingga penuh.
  4. Susunkan capsicum dan daun bawang hiris. Siatkan keju dan taburkan atas bahan hiasan.
  5. Bakar pada suhu 170c selama 30 minit atau hingga permukaan quiche keperangan.
  6. Setelah masak sejukkan dulu sebelum dipotong.

Hidangan resepi quiche tuna cheezy ini adalah untuk empat orang. Jadi anda boleh tambah sukatan bahan adunan mengikut kemahuan anda. Memang tak rugi kalau dapat buat dan makan. Selamat mencuba.

Kredit: Rozmaliza Omar

Baca Juga: Resepi Roti Pizza Tuna Paling Mudah. Jimat & Sedap, Anak-Anak Pun Suka!

tags: |