Donut adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Semakin hari semakin banyak resepi atau cara pembuatan donut yang timbul. Begitu juga kali ini ada resepi rahsia ulit donut dengan tangan tapi hasilnya gebu sangat. Paling gebu lah.
Dah lah tak guna bahan banyak pun, hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Shyma Chyn ini.
Cara Rahsia Uli Donut Dengan Tapi Namun Hasilnya Tetap Gebu Gebas!
BAHAN-BAHAN ( untuk 2 cawan tepung)
Bahan A:
- Yis – 2 sudu besar
- Susu pekat – 2 sudu besar
- Air suam – 3/4 cawan
- Garam – 1 sudu teh
Bahan A di atas campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang
Bahan B:
- Marjerin – 2 sudu
- Tepung gandum – 2 cawan
Gaulkan bahan B di atas. Guna tangan je.
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan bahan A & bahan B.
- Uli guna tangan je sampai takde adunan melekat dekat tangan.
- Bulat-bulatkan doh jadi lebih kecil. Saya genggam dan keluarkan dekat celah genggaman je. (boleh refer gambar).
- Buat bulatan kecil dekat tengah-tengah. Tarik-tarik guna jari je.
- Dah siap boleh terus goreng. Tengah-tengah goreng nanti sure donut kembang.
- Boleh salut gula or coklat or anything yang korang suka.
Mudah sahaja kan nak buat kuih yang gebu ni? Bahan yang digunakan juga sangat simple dan mudah. Jadi tunggu apa lagi tu. Jom cuba sekarang!
SELAMAT MENCUBA !
Sumber: Shima Chym Via MAHN
Baca juga :Cara Mudah Buat Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Memang Padu Rasanya