Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Rahsia Maggi Sotong Yang Sedap, Nikmat Sangat Kalau Masak Sendiri Boleh Makan Sepuasnya!

Ini Dia Resepi Rahsia Maggi Sotong Yang Sedap, Nikmat Sangat Kalau Masak Sendiri Boleh Makan Sepuasnya!

Kategori:
resepi maggi sotong yang sedap

Sejak kebelakangan ini antara makanan yang viral adalah maggi sotong. Maggi sotong merupakan maggi yang dimasak secara biasa tetapi dimasukkan seekor sotong yang besar. Rasanya memang super duper sedap. Lebih-lebih lagi kalau sotong yang digunakan adalah sotong yang segar. Kalau dekat kedai harga bagi semangkuk maggi sotong ini boleh mencecah RM20. Jadi apa kata buat sendiri je dekat rumah, sangat jimat dan boleh makan sepuasnya. Memang nikmat!

Ini Dia Resepi Rahsia Maggi Sotong Yang Sedap, Nikmat Sangat Kalau Masak Sendiri Boleh Makan Sepuasnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket megi kari (cap maggi)
  • 1-2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih |diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 1/2sb sos cili
  • 2 cili api diketuk (untuk pedas)
  • Sayur-sayuran
  • Sotong/telur sotong
  • Isi ayam
  • Telur

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  2. Apabila bawang dah kekuningan masukkan air ke dalam periuk. Apabila air dah sedikit mendidih masukkan perencah maggi.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan cili api.
  4. Masukkan pula isi ayam. Kemudian masukkan sotong dan beberapa sayuran lain.
  5. Apabila sotong dah hampir masak masukkan pula maggi.
  6. Kemudian pecahkan telur.
  7. Tunggu sekejap sehingga telur tu masak kemudian boleh tutup api.
  8. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit gambar: NrFarisha ShaSha

Baca juga: Resepi Maggi Tomyam Yang Simple Tapi Terlampau Sedap! Tak Tinggal Sikit Pun, Habis Licin Di Sapu

tags: | |