Spaghetti sering menjadi menu pilihan selain nasi. Anak-anak memang suka sangat, setiap kali buat pasti makan berselera. Kebiasaanya, kita selalu membeli pes segera yang dijual di pasaraya kan? Sekali sekala makan tidak ada salanya. Namun jika banyak kali, tidak berapa bagus untuk kesihatan kerana terdedah dengan bahan pengawet.
Buat ibu-ibu yang mementingkan kualiti makanan yang sihat tanpa pengawet, boleh cuba buat sendiri sos spaghetti homemade di rumah. Selamat mencuba!
Resepi Sos Spaghetti Homemade Lebih Sedap Serta Mudah!
Bahan-bahan:
- Tomato 10kg ++
- Bawang holand 4 biji (dadu)
- Bawang putih 2 labu (tumbuk)
- Capsicum merah 4 biji
- Cendawan shitake dalam 1/2 bekas (dadu)
- Sweet basil 2-3 batang (ambil daun je)
- Bay leaf 2-3 helai
- Blackpepper sedikit
- Mixed herbs sedikit
- Cili powder 2 tbs (optional)
- Cbs/cfs/serbuk ayam homemade (optional)
- Minyak olive/masak dalam 1-2 cup
Cara-cara:
- Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar dia secara silang. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap.
- Kemudian angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir. Kopek kulit dan asingkan dengan isi. Belah 2 dan picit biji keluar.
- Masak semua dalam periuk hingga air berkurangan. Biar sejuk. Blend separuh.
- Jadi lah macam ni. Masuk kuali. Hidupkan api, tak payah letak air sebab nanti air dari tomato tu keluar.
- Biji dengan kulit tu jangan buang pulak. Blender dan tapis ambil jusnya.
- Capsicum tu bakar je atas dapur sampai kulit dia hangus Lepas tu lalukan bawah air paip. Buang kulit dan biji dia dan blend.
- Tumis bawang holand, putih dan cendawan sampai layu. Kemudian blend.
- Transfer dalam kuali dan masak hingga kering. Masukkan serbuk cili, serbuk blackpepper, mixed herbs, sweet basil dan bay leaf. Dah kering matikan api.
- Tomato yang dah didihkan atas dapur tu bila dia dah kecut sikit air dah kurang boleh cedok sikit keluarkan. Yang lain blend halus. Pakai hand blender lagi senang.
- Yang ni hasil selepas di masak hingga kering betul. Nak tahu kering betul ke tak., masak sampai sos dia lompat-lompat. Kalau melompat ke dinding dan lantai, tanda dah kering.
- Biarkan sejuk baru masuk bekas dan simpan. Chiller boleh tahan 2-3 hari, freezer boleh tahan sehingga 6 bulan.
Kredit: Dahlia Kamaruza
Baca juga: Resepi Spaghetti Bolognese Ayam Cendawan Cheese Yang Simple, Satu Family Suka! Cepat Dan Sedap!