Spaghetti merupakan makanan yang berasal daripada Itali. Pelbagai jenis Spaghetti yang ada sekarang ini sebenarnya. Antaranya ialah Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara, Spaghetti Aglio Olio dan banyak lagi. Ada sesetengah orang kurang menggemari Spaghetti Bolognese kerana rasanya yang sedikit masam.
Namun ada juga yang teramat suka dengan Spaghetti Bolognese. Bagi anda yang menyukainya, mungkin boleh cuba resepi Spaghetti Bolognese Ayam Cendawan Cheese ini.
Cara Buat Spaghetti Bolognese Ayam Cendawan Cheese Yang Mudah
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket spaghetti
- Sos prego (mushroom)
- 2 kiub ayam
- 1 sudu stok ayam | tak nak letak pun tak apa
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cendawan butang
- Isi ayam
- Cheddar cheese slice
- Oregano herbs
CARA PENYEDIAAN:
- Tumis bawang sehingga naik bau.
- Bubuh isi ayam.
- Masukkan pula cendawan kisar.
- Kemudian masukkan sos prego.
- Kacau sebati dan masukkan kiub ayam.
- Tambahkan sedikit air dan herba oregano.
- Angkat sos dan masukkan spaghetti yang sudah direbus tadi macam ni.
- Curahkan sos tadi dan letakkan cheddar cheese di atasnya.
- Tutup seketika kuali dan bagi cheese tu mencair sikit.
- Siap. Tengok tu meleleh.
Wah nampak macam sedap kan? Jadi nak tengok sahaja ke Spaghetti Bolegnese Cendawan Ayam Cheese ini? Kalau rasa nak makan, jom kita buat sekarang. Memang berpuas hati punya!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Fyza Shah