Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Rendang Ayam Berkuah Yang Confirm Jadi, Sesuai Untuk Rumah Terbuka dan Potluck

Ini Resepi Rendang Ayam Berkuah Yang Confirm Jadi, Sesuai Untuk Rumah Terbuka dan Potluck

Kategori: ,

Walaupun sudah lebih 10 hari sejak Syawal menjelma, namun kehangatan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa.

Pada hujung minggu nanti pasti ramai yang sedang merancang untuk adakan rumah terbuka atau potluck bersama rakan terdekat.

Apa kata kali ini anda sediakan rendang ayam? Kalau selalunya rendang ayam yang biasa kita jumpa kuahnya sikit sangat. Kita nak cedok banyak-banyak pun segan!

Tapi, anda tak perlu risau kerana resepi rendang ayam yang kita nak kongsi kali ni bukanlah rendang ayam biasa, tapi resepi kali ni akan dapatkan kuah yang lagi banyak.

Kalau ada kuah lebih, barulah best untuk kongsi dengan rakan dan keluarga. Makin berseleralah jawabnya nak cicah dengan lemang dan ketupat nanti!

Jom ikuti resepi rendang ayam berkuah yang dikongsikan oleh Senz Ahmad.

Resepi Rendang Ayam Berkuah

Bahan-Bahan :

Bahan-Bahan Untuk Dikisar :

  • 8 batang serai*
  • 5 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 ekor ayam
  • 4 sudu cili blend (boleh adjust ikut citarasa masing-masing)
  • 2 asam keping
  • 500g santan (atau agak-agak saja)
  • 2 sudu rempah kari ayam
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 4 helai daun kunyit
  • 2 tangkai daun limau
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 sudu kerisik
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto

Rendang Ayam Berkuah

Rendang Ayam Berkuah

Cara-Cara :

Kisar halus bahan bertanda *.

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan bertanda * dan cili blend. Biarkan seketika. Masak dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan Ajinomoto.
  3. Boleh tambahkan secawan air. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
  4. Masukkan daun limau dan kerisik.
  5. Masukkan pula potonga ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan.
  6. Setelah masak taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit.
  7. Siap untuk dihidang.

Senang je rupanya nak buat rendang ayam versi berkuah. Barulah best ada kuah lebih. Jom try buat pada hujung minggu ni! Memang sesuai untuk dijamu pada tetamu yang bertandang! Selamat mencuba!

Kredit : Senz Ahmad via Masak Apa Hari Ni

tags: