Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Rendang Lain Dari Yang Lain, Resepi Rendang Ikan Tenggiri Hidangan Buat Tambah Nasi

Rendang Lain Dari Yang Lain, Resepi Rendang Ikan Tenggiri Hidangan Buat Tambah Nasi

Kategori: ,
rendang ikan tenggiri

Biasanya, kita selalu dihidangkan dengan ayam ataupun daging rendang terutamanya ketika perayaan Hari Raya. Tetapi, pernahkan anda memakan rendang tetapi versi ikan?

Haaa! Jika tidak pernah, anda belum lagi merasakan kesedapan rendang versi ini. Di sini, kami sediakan resepi rendang ikan tenggiri yang pekat kuahnya dan harum baunya. Sangat sedap kerana isi ikan tenggiri yang pejal digabungkan dengan kuah rendang! Amatlah mantap dan sepadan!

Rendang Lain Dari Yang Lain, Resepi Rendang Tenggiri Hidangan Buat Tambah Nasi

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping ikan tenggiri goreng
  • daun kunyit hiris
  • daun limau hiris
  • kerisik secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula melaka secukup manis
  • santan secukupnya
  • air asam (jangan banyak sangat takut terlebih masam)

Bahan-bahan (dikisar)

  • cili padi merah + cili padi hijau (ikut tahap kepedasan)
  • bawang merah kecil
  • bawang putih
  • halia
  • serai
  • ketumbar biji
  • jintan halus dan kasar

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak.
  2. Setelah itu, masukkan rempah kari dan tumis sekali lagi.
  3. Kemudian, baru masukkan kerisik serta air asam.
  4. Kacau lagi dan masukkan santan dan biar seketika.
  5. Perasakan garam dan gula melaka serta daun limau dan daun kunyit.
  6. Akhir sekali baru masukkan ikan tenggiri goreng dan gaul hingga sebati.
  7. Jangan lupa perlahankan api hingga mereneh.
  8. Tutup api dan siap untuk dihidangkan!

rendang ikan tenggiri rendang ikan tenggiri

Okay, dah masak kita punya rendang ikan tenggiri. Memang lain dari yang lain jadi anda semua harus cuba! Sedap! Nasi panas-panas makan bersama lauk ini sahaja boleh tambah nasi berkali-kali.

Kalau nak garing, semasa goreng ikan tenggiri, bolehlah garingkan dan masak lebih masa sedikit sebelum campur dengan kuah pada akhir sekali.

Semoga bermanfaat dan selamat menikmati!

Sumber: Laila Aznam

Baca juga: Resepi Laksam Sedap Sukatan 4 Orang, Sesuai Untuk Keluarga Kecil

tags: | |