Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Rendang Padang Yang Mudah & Sedap

Resepi Rendang Padang Yang Mudah & Sedap

Kategori: ,
resepi rendang padang

Rendang Padang merupakan makanan tradisional Minangkabau Indonesia. Rendang Padang ini memang tersangat popular. Hampir seluruh negara asia tahu kewujudan Rendang Padang ini. Rasanya yang luar biasa kerana hasil dari penyatuan rempah-rempah yang dimasukkan memang membuatkan ramai orang jatuh cinta dan menyukainya.

Nak menyediakan Rendang Padang ini tidaklah terlalu sukar cuma memerlukan sedikit kesabaran. Waktu yang diambil untuk masak Rendang Padang ini agak lama. Namun semakin lama ia dimasak semakin sedap. Jadi jom kita ikuti resepi perkongsian Nurul Ateekah di laman facebook ini.

Resepi Asli Rendang Padang

Bahan-bahan :

  • Daging 3kg (dipotong & dicuci bersih)
  • Santan Segar 3kg
  • Kerisik 3 sudu besar@gonseng kelapa 6 sudu besar(tambahan)
  • Serai 6 batang (diketuk)
  • Daun limau purut  15 helai
  • Daun salam 6 helai
  • Daun kunyit 6 helai dibuang tulang tengah ( potong besar )
  • Asam keping@Asam kandis=3 keping
  • Garam@gula (ikut citarasa)

P/S  : sukatan santan 1 kg Daging***

  • Jika menggunakan santan segar 800-1000 ml bersama 3-4 biji kelapa tua
  • Kalau santan segar tidak ada ,  boleh guna santan kotak= 1000ml

Bahan Kisar (A) : 

  • Cili kering 50 batang
  • Cili hidup 15-20 batang
  • Bawang merah 60 biji
  • Bawang putih 30 biji
  • Lengkuas 2-3 jempol @ 2 sebesar ibu jari
  • Halia 2-3 sebesar ibu jari
  • Buah keras 15 biji

Bahan Kisar (Rempah) : 

  • 3 batang kayu manis
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 9 Biji buah pelaga
  • 6 kuntum Bunga cengkih
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 3 sudu kecil jintan
  • 3 sudu kecil lada hitam@lada putih (tambahan)
  • 3 biji nutmeg@buah pala

Cara Penyediaan :

  1. Sangai dengan api kecil kesemua bahan rempah tanpa minyak  ( 3 minit ) dan KISAR sehingga halus tanpa menggunakan minyak dan air
  2. Cili kering harus direbus dahulu dan cuci bersih. Kisarkan cili kering, cili hidup, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan buah keras sehingga halus.
  3. Kemudian sediakan kuali @ periuk untuk memasak rendang.
  4. Masukkan santan dan bahan yang dikisar tadi. Kemudian masukkan rempah yang sudah di kisar halus, serai, daun limau purut, daun kunyit dan kerisik@gongseng kerisik.
  5. Masak dengan api yang sederhana dan masakkan kesemuanya sehingga sedikit mendidih@meluap(Jangan sampai pecah minyak).
  6. Kemudian barulah masukkan daging yang telah dipotong.
  7. Masakkan sehingga kering dan menjadi berminyak dan rasanya akan meresap kedalam daging. Perasakan dengan secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan.

P/s : Jika suka rasa manis dalam rendang tambahkan sedikit gula.

[foogallery id=”41568″]

Selamat mencuba! 

Kredit : Nurul Ateekah Via MAHN

Baca juga : Rendang Tok Paling Sedap, Memikat Hati Ramai Orang Dengan Rasanya Yang Luar Biasa

tags: | |