Kalau dah selalu sangat masak nasi goreng di rumah daripada lebihan nasi semalam, pasti bosan juga, kan? Jadi apa kata kali ni kita cuba buat resepi yang lain daripada yang lain menggunakan nasi sejuk?
Pernah terfikir nak gunakan nasi lebihan untuk buat penkek? Rice pancake yang dikongsi oleh Marina Abd Majid ni nampak sedap bila dimakan panas-panas! Sesuai untuk dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.
Walaupun bahan yang digunakan cukup ringkas, namun ia pasti bakal membuka selera keluarga di rumah. Bila dicicah dengan sos cili, memang makan bertambahlah jawabnya!
Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok resepi rice pancake yang cukup simple dan dijamin sedap ni!
Senang saja rupanya nak buat rice pancake ni. Yang paling best, kita boleh guna apa saja ramuan yang kita ada di dapur. Nak lebihkan bahan yang kita suka pun tak jadi masalah!
Mesti ramai yang sukakan rice pancake ni tak kira muda atau tua kerana rasanya yang teramatlah sedap dan ringkas.
Alamatnya, nasi lebih sampai seperiuk pun habis bila dibuat rice pancake sedap macam ni! Jom cuba resepi ni di rumah! Memang padu bila dimakan panas-panas!
Kredit : Marina Abd Majid