Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Gabungan Terbaik Lamb Grill Dan Fettuccine Carbonara Mushroom Memang Sedap! Ini Resepinya, Ringkas Je.

Gabungan Terbaik Lamb Grill Dan Fettuccine Carbonara Mushroom Memang Sedap! Ini Resepinya, Ringkas Je.

Kategori:
fettuccine carbonara

Fettucciine Carbonara Mushroom memang sedap jika dimakan bersama dengan lamb grill. Memang gabungan yang terbaik! Kebiasaannya makanan seperti ini dekat restoran agak mahal. Tapi jika anda buat sendiri memang menjimatkan. Jadi kalau anda teringin, boleh rujuk resepi ringkas kat bawah ini ye.

RESEPI LAMB GRILL

Bahan-Bahan:

  • 3 keping lamb
  • 1 senduk sos blackpepper
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • secubit dua lada hitam kisar
  • 1/2 sudu besar herbs campur

Cara Penyediaan:

  1. Gaul rata dan perap seketika.
  2. Grill sehingga masak.

RESEPI FETTUCCINE CARBONARA MUSHROOM

Cara Penyediaan:

  1. Tuang 2 sudu besar minyak zaitun. Tumis dua ulas bawang putih yang diracik halus sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan 1 tin sos Prego Keju & Herba pilihan cikgu Afy. Gunakan tin yang sama untuk masukkan air kosong setin.
  3. Sediakan fettuccine yang sudah siap direbus. Anggaran 4 genggam cikgu guna.
  4. Selepas kuah mula memekat, masukkan fettuccine tadi. Potong kecil 4 biji cendawan dalam tin. Masukkan sekali.
  5. Kemudian masukkan 3 cubit lada hitam kisar beserta 1/2 sudu kecil garam bukit. Juga 1/2 sudu besar herbs campur. (Boleh beli dekat kedai bakery ye)
  6. Masak lagi sehingga kuah memekat dan bersalut pada fettuccine sebelum ditutup apinya.
  7. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Cikgu Afy AL Habibi

Baca juga: 7 Resepi Pasta Citarasa Malaysia Yang Menyelerakan

 

tags: |