Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Rojak Tauhu Yang Meletop, Sangat Mudah Untuk Sediakan. Peminat Rojak Perlu Cuba!

Resepi Rojak Tauhu Yang Meletop, Sangat Mudah Untuk Sediakan. Peminat Rojak Perlu Cuba!

Kategori: ,
rojak tauhu

Rojak merupakan makanan street food yang sangat terkenal di Malaysia. Ianya mengandungi campuran pelbagai bahan, dihidang bersama kuah rojak yang meletop. Malah, sekarang terdapat pelbagai variasi rojak yang anda boleh dapati seperti rojak mee, rojak betik, rojak buah dan sebagainya. Banyak sangat pilihan rojak, sehingga tak tahu nak cuba yang mana satu!

Walaupun sekarang rojak sangat mudah didapati, apa salahnya kita cuba buat sendiri? Kali ini, jom ke dapur dan cuba sediakan rojak tauhu. Resepi yang dikongsikan Noriz Baker ini sangat mudah, ringkas dan lengkap. Jom baca untuk ketahui perkongsian penuh olehnya.

Resepi Rojak Tauhu Yang Sedap Dan Lengkap

Bahan-Bahan Rojak

  • Tauhu (Goreng atau bakar separuh masak)
  • Kangkung
  • Tauge (dicelur)
  • Timun
  • Kacang tanah (ditumbuk)

Bahan-Bahan Untuk Kuah Rojak

  • Cili kering 10 tangkai (blend halus)
  • Sos cili 1/2 cawan
  • Belacan 2 inci
  • Gula merah 1 cawan
  • Gula pasir 1/2 cawan
  • Kicap pekat manis 1/3 cawan
  • Air masak 1 cawan
  • Tepung jagung 3 sudu besar

Cara-Cara Penyediaan

  1. Campur semua bahan-bahan untuk kuah rojak kecuali tepung jagung.
  2. Masak sampai gula semua cair dan mendidih. Selepas itu, maskkan tepung jagung, kacau-kacau sampai pekat likat dan sejukkan.
  3. Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan kuah ke atas tauhu, taugeh, timun dan kangkung dan gaul sehingga rata.
  4. Siap untuk dihidang.

rojak tauhu

Rojak tauhu antara rojak yang mudah untuk sediakan. Tak perlu lama-lama di dapur untuk cuba, cuma perlu beberapa minit saja. Bagi peminat tauhu dan rojak, anda perlu cuba resepi yang ringkas ini. Tengok gambar pun dah rasa terliur, kan?

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Noriz Baker

Baca Juga: Resepi Daging Goreng Thai Sedap Terangkat! Tengok Gambar Pun Dah Mengiurkan

tags: |