Roti hamlet kaya ini merupakan hidangan yang sangat popular di kedai atau restoran di Kelantan. Rasanya memang sangat-sangat sedap. Nak menyediakannya juga sangat mudah. Hanya perlukan 3 bahan sahaja. Resepi roti hamlet kaya ini dikongsi oleh Khairulaming. Jom kita try buat dekat rumah. Musim hujan best makan makanan macam ni.
Jom Buat ‘Roti Hamlet Kaya’ Yang Viral Ni, Roti Ini Sangat Terkenal Di Kelantan, Memang Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- Roti hotdog
- Kaya
- Telur
- Sedikit garam
- Mentega
CARA PENYEDIAAN:
- Belah dua roti , jangan bagi terbelah. Sapukan mentega.
- Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk dan kacau bersama dengan sedikit garam.
- Bakarkan roti tadi sehingga garing.
- Kemudian masukkan telur ke dalam kuali dan apabila telur hampir masak letakkan roti yang digoreng tadi.
- Terbalikkan agar ia masak sekata.
- Apabila dah masak. Angkat dan sapukan kaya sehingga sekata.
- Potong ikut kesukaan anda dan siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Khairulaming