Zaman sekarang semua nak cepat, mudah dan ringkas. Ibu bapa nak cepat tapi makanan tu nak ikut selera anak-anak yang ikut trend sekarang.
Ibu bapa boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh @__erinerlina di akaun TikTok yang sangat sesuai untuk di makan seisi keluarga.
Resepi Roti Keju 2 dalam 1 ini mampu menaikkan selera makan anak-anak kerana boleh dijadikan sebagai snek untuk makan petang.
1.Sapukan mayonis, sos cili atau sos prego, susun sosej dan keju mozarella di atas roti pertama
2. Tekap tapak cawan di roti kedua, pecahkan telur, tabur keju mozarella dan taburkan serbuk lada hitam atau chili flakes.
3. Akhir sekali, digabung kedua-dua roti dan dibakar pada suhu 180’C selama 7-10 minit menggunakan air fryer sehingga telur masak.
Semua orang boleh buat roti keju 2 dalam 1 ni, bahan-bahan mudah didapati, tak menggunakan benda-benda tajam selamat untuk ajak anak-anak buat bersama-sama.
Selain daripada kenyang makan roti, ibu bapa pun dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.
Kredit: __erinerlina
Baca juga: Tips Buat Pancake Yang Tebal & Gebu Gebas, Bancuhan Tepung Kena Betul Serta..