Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Roti Ketam Cheezy, Dilengkapi Dengan Cheese Yang Tarik Menarik Memang Sedap, Boleh Pengsan!

Resepi Roti Ketam Cheezy, Dilengkapi Dengan Cheese Yang Tarik Menarik Memang Sedap, Boleh Pengsan!

Kategori:
resepi roti ketam cheezy

Roti Ketam Cheezy merupakan antara hidangan yang paling sesuai untuk anak-anak. Selain anak-anak, orang dewasa pun sesuai juga. Nak menyediakannya sangat senang. Hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Tapi rasa dia sedap sangat, boleh pengsan tau!

Cara Buat Roti Ketam Cheezy Yang Mudah & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • Roti tawar
  • Jejari ketam
  • Mozarella

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong tepi roti.
  2. Gelek kasi leper.
  3. Kemudian susun kepingan keju dan jejari ketam yang dah dicarik.
  4. Bubuh gam yang dibancuh 1sdm tepung gandum dengan 1 sdm air. Tekan hujung roti dengan garfu.
  5. Dah siap. Boleh panaskan minyak.
  6. Goreng sehingga kekuningan. Jaga api jangan sampai hangus.
  7. Toskan minyak.
  8. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

SELAMAT MENCUBA!

Mudah sahaja kan buat Roti Ketam Cheezy? Sangat sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba masak sekarang. Sedap hingga menjilat jari!

Kredit: Umi Watie Via MAHN

Baca juga: Anak Dah Bosan Makan Nasi? Jom Buat Roti Sosej Sos Ala Oriental Ni, Confirm Sekejap Je Licin!

tags: | |