Musim PKP ini mesti anak kita dah bosan makan nasi kan? Mungkin dah tiba masanya kot para ibu perlu lebih kreatif dalam menyediakan makanan yang sedap dan sihat buat anak-anak di rumah. Jadi apa kata kali ini jom kita buat Roti Sosej Sos Ala Oriental ni pulak, confirm sekejap je habis. Lepas tu hari-hari minta.
Selain roti sosej ini, anda juga boleh cuba Roti Sosej Coney Ala A&W ini. Namun yang penting, kedua-dua sosej ini sedap-sedap belaka.
Resepi Roti Sosej Sos Ala Oriental Ni, Confirm Sekejap Je Licin!
BAHAN-BAHAN:
Bahan Sos:
- 1 biji lobak merah dipotong dadu | nak lagi sedap boleh tambah cendawan butang
- 1 biji bawang kuning/holland | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 sudu kecil biji lada hitam | ditumbuk hancur
- 1 batang daun bawang | dihiris halus
- 2 sudu besar planta
- 1 sudu besar tepung gandum
- Air | tuang sedikit demi sedikit
- Setengah kiub pati ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- Garam mengikut citarasa
CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan sosej. Saya lebih suka masak sosej di atas kuali sehingga hangus-hangus sikit supaya ada rasa grill gitu.
- Panaskan planta sehingga cair. Api kecil ya sebab kita tak nak planta cepat hangus.
- Masukkan bawang putih, bawang kuning dan tumis hingga harum. Kemudian masukkan lobak merah, masak sebati.
- Taburkan tepung gandum dan gaul sebati.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi kuah.
- Masukkan kicap, sos tiram, kiub pati ayam dan akhir sekali taburkan lada hitam. Jangan lupa perasakan dengan garam, sekiranya perlu.
- Padam api dapur dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata. Siap sos istimewa saya.
- Untuk roti, kita hiris dari tepi ya. Kemudian boleh letakkan sosej.
- Kukus untuk dapatkan tekstur roti yang lembut. Kalau anda gunakan periuk kukus biasa, pastikan roti dialas kain ya, bagi mengelakkan peluh wap jatuh ke atas roti.
- Letakkan sos ke atas sosej.
- Siap sedia untuk dihidang.
Nampak sedap kan Sosej Sos Ala Oriental ini. Rugilah kalau korang semua tak nak cuba, sebab roti sosej macam ni sangat simple namun rasa dia terlalu sedap tau! Memang puas hati.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Zurina Zulkefli
Baca juga : Ini Resepi Roti Kukus Sosej Cheese, Tak Ramai Yang Buat Tapi Rasa Dia Memang Sedap Sangat!