Roti Sosej Street London merupakan antara makanan yang sangat mudah untuk disediakan. Selain sesuai dibuat untuk minum petang, menu ini juga sesuai untuk makan pagi. Kalau ada anak-anak pasti mereka suka makanan yang macam ni.
Selain Roti Sosej Street London ini, anda juga boleh mencuba Roti Sosej Sos Ala Oriental atau pun Roti Sosej Coney Ala A&W. Yang pasti kesemua roti sosej ini tersangatlah sedap!
Cara Buat Roti Sosej Street London Yang Mudah!
Bahan-bahan :
- Sosej
- Roti
- Mayonis
- Marjerin
- Sos bolognese
- Cheese
Cara Penyediaan :
- Sapu marjerin pada roti.
- Masak atas kuali dan terbalikkan.
- Apabila dah masak, letak ketepi dulu.
- Masak sosej sehingga masak.
- Kemudian letak pada roti yang dah masak tadi.
- Letakkan sos bolognese. mayonis dan kalau suka cheese. Boleh juga letakkan.
- Siap untuk dimakan.
Senang kan nak sediakan Roti Sosej Street London ini. Tak menggunakan bahan yang banyak pun. Caranya pun ringkas sahaja. Jadi tunggu apa lagi. Jom kita buat sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit : Noratiqah Nordin Via MAHN
Baca juga : Ini Resepi Roti Kukus Sosej Cheese, Tak Ramai Yang Buat Tapi Rasa Dia Memang Sedap Sangat!