Jom cuba buat roti telur cheese perkongsian oleh Nora Azni di bawah. Sesuai untuk anda yang mahu mula berdiet sebab resepi ini sangat sedap sampai hari-hari nak makan. Kalau hari-hari makan, memang kurus la jawabnya. Ikuti resepi roti telur cheese di bawah.
Resepi Roti Telur Cheese, Menu Diet Tapi Sedap. Masak Guna Microwave Je
Bahan-bahan:
- 4 keping roti wholemeal purple
- Telur
- 2 keping cheese
- Pepper
- Chili flakes
Cara-cara:
- Susun roti atas pinggan. Tekan bahagian tengah dengan menggunakan jari atau sudu.
- Kemudian, pecahkan telur di tengah-tengah roti. Guna telur gred C yang kecil sikit. Pecahkan telur kuning jika suka.
- Belah 2 cheese, guna separuh untuk sekeping roti. Susun cheese tepi telur.
- Taburkan pepper dan chili flakes.
- Masukkan dalam microwave. Tekan masa dalam seminit setengah, atau sampai telur masak bergantung pada microwave masing-masing.

Kredit: Nora Azni
Baca juga: Resepi ‘Chicken Salad’ Teramat Mudah. Menu Diet Tapi Sedap, Sampai Hari-Hari Nak Makan!