Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 30 Resepi Sahur Ringkas & Menyelerakan

30 Resepi Sahur Ringkas & Menyelerakan

Kategori:
resepi sahur

Bila part bahagian sahur, semua ibu-ibu pening. Nak masak apa untuk anak-anak dan keluarga untuk waktu sahur. Pagi-pagi mestilah berat sikit nak masak kan. Jadi Daily Makan nak tunjukkan 30 Resepi Sahur yang ringkas dan cepat tapi menyelerakan.

1. DAGING GORENG HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
  • Sedikit hirisan cili Benggala merah
  • Sedikit hirisan cili Benggala hijau
  • 4 biji cili padi | hiris memanjang
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  6. Tutup api dan daging sedia dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

2. SUP IKAN SIAKAP

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap | dibersihkan dan dikelar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 butir bunga lawang
  • 4 ulas bawang putih | dihiris nipis
  • 4 biji bawang merah | dihiris nipis
  • 1 biji lada merah | dihiris nipis
  • 1/2 biji lobak merah | dihiris
  • 1 biji tomato | dibelah enam
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Bawang goreng secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang dihiris nipis sehingga naik bau.
  2. Tuangkan air secukupnya dan biarkan menggelegak. Kemudian, masukkan pula ikan, lobak merah, air asam jawa dan renehkan sehingga ikan masak sempurna.
  3. Seterunya, masukkan pula tomato dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan reneh seketika dan padamkan api.
  4. Akhir sekali, masukkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

3. AYAM GORENG CILI MASALA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | potong dadu
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2cm halia | kisar  halus
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
  • 3 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm
  • 1/2 biji cili Banggala
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1 sudu makan tepung gandum

BAHAN SOS CILI:

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.
  2. Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.
  3. Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
  4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih.

Sumber gambar & resepi : Rasa

4. TELUR HANCUR SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 1/ 2 biji bawang merah besar | dicincang
  • 100gm sayur campur
  • 20gm isi ayam
  • 10gm daun sup | dicincang
  • 1 sudu makan mayones
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
  4. Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.

Sumber gambar & resepi : Rasa

5. UDANG GORENG TELUR DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Udang:

  • 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • ½ sudu teh serbuk lada sulah

Hirisan:

  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang

Lain-lain:

  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 50gm daun bawang | potong 3cm
  • 1 sudu makan susu segar
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan  udang, kacau rata hingga  udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
  5. Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang  satu minit.
  6. Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
  7. Kacau rata dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan panas-panas.

Sumber gambar & resepi : Rasa

6. AYAM LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ayam | hiris kecil
  • 50gm daun bawang
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 3 biji cili merah | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 5ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia mudah | hiris halus
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  • 1 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
  3. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
  4. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
  5. Kemudian perasakan dengan garam, gula  secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
  7. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber gambar & resepi : Rasa

7. TELUR MASAK SOS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur | direbus dan dibuang kulit
  • 200gm bawang merah | dikisar
  • 20gm bawang putih | dikisar
  • 10gm halia | dikisar
  • 50gm serai | dikisar
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tin puri tomato
  • 50gm sos cili
  • 50ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan puri tomato, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan sedikit air dan juga garam serta gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan didih seketika. Sedia untuk dinikmati.

Sumber gambar & resepi : Rasa

8. TELUR MASAK HITAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur | direbus dan dibuang kulit
  • 200gm bawang merah | dikisar
  • 20gm bawang putih | dikisar
  • 10gm halia | dikisar
  • 50gm serai | dikisar
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tin sos tomato
  • 50gm sos cili
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 50ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Seterusnya masukkan sos tomato, sos cili, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan kicap pekat. Gaul hingga rata.
  3. Kemudian masukkan air dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau hingga sebati dengan sos. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

9. SARDIN TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin kecil sardin
  • 4 biji telur ayam
  • 50gm cili giling
  • 1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
  • 20gm cendawan | dihiris
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan asam jawa | dibancuh bersama 50ml air
  • Sedikit daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng telur mata. Ketepikan seketika.
  2. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang merah dan cili giling hingga masak.
  3. Kemudian masukkan hirisan cendawan dan juga ikan sardin.
  4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  5. Tambahkan sedikit kicap dan juga daun sup. Tuangkan diatas telur yang telah digoreng tadi.

Sumber gambar & resepi : Rasa

10. TELUR GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | digoreng mata
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 100gm lobak merah | dihiris
  • 6 biji kacang pis
  • 1/2 biji lada benggala | dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, lobak merah, kacang pis dan lada benggala sehingga wangi dan separuh masak.
  2. Kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
  3. Untuk menghidang, susun telur yang digoreng di dalam pinggan hidangan dan letakkan sayur tadi diatasnya. Sedia untuk dinikmati.

Sumber gambar & resepi : Rasa

11. TELUR DADAR GULUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 1 ulas bawang merah besar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan mayones
  • 50gm sayur campur
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur dan pukul menggunakan garfu hingga kembang.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, sos cili dan mayones. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
  3. Panaskan kuali dan goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Gulungkan.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

12. TAUFU TELUR SOS CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket taufu telur | dipotong
  • 2 ulas bawang merah | dicincang
  • 20gm cendawan | dihiris
  • 10gm lobak merah | dihiris halus
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 50ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menghasilkan sos, panaskan minyak dan tumis bawang merah, cendawan dan lobak merah hingga lembut.
  2. Kemudian masukkan sedikit air, kicap, garam dan gula secukupnya.
  3. Seterusnya tuangkan sos ke dalam pinggan dan susun taufu diatasnya.
  4. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 10 minit.
  5. Hidangkan bersama bawang goreng.

Sumber gambar & resepi : Rasa

13. NASI GORENG BIASA

 

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih |ketuk
  • 3 sudu makan cili boh
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam | potong nipis
  • 100gm udang | bersihkan
  • 100gm sotong | hiris
  • 100gm sawi | potong
  • 100gm kubis cina | potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Pecahkan dan masukkan telur, garam , isi ayam, sotong, udang, hirisan sawi dan kubis cina. Gaul seketika.
  3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

14. NASI GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 5 cawan nasi putih (6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari (kalau tak suka belacan boleh ganti dengan serbuk ikan bilis)
  • Cili padi (10 tangkai)
  • 2 biji telur ayam
  • Sayur apa pun boleh kalau tiada kangkung
  • 1 cawan ikan bilis
  • Potongan ayam/daging (ikut suka sebagai perencah)
  • Perasa – Garam, gula, satu sudu sos tiram & kicap
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. kan bilis digoreng dahulu dan asingkan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, ayam yg dipotong kecil serta belacan.
  3. Biar naik bau dan layu boleh masukkan telur.
  4. Kacau sampai rata dan masukkan nasi tadi.
  5. Gaulkan sebati dan boleh masukkan garam, gula, sos tiram serta kicap.
  6. Akhirnya masukkan sayur serta ikan bilis yang siap digoreng tadi.
  7. Masak sampai betul rata perasanya.
  8. Ada orang suka berkicap ada yang tak suka. Terpulang ikut citarasa masing – masing.

Sumber gambar & resepi : Rasa

15. NASI GORENG CINA

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas  bawang putih – ketuk
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm isi udang – bersihkan
  • 100gm isi sotong – hiris nipis
  • 50gm sayur campur
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk.
  2. Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta sayur campur.
  3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Sedia dihidangkan panas-panas.

Sumber gambar & resepi : Rasa

16. NASI GORENG AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas  bawang putih – ketuk
  • 3 sudu cili boh
  • 1 biji telur
  • 100gm sawi – potong
  • 100gm kubis cina – potong
  • garam secukupnya
  • 1 ketul ayam ( paha / dada )
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Untuk memasak nasi goreng; Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Masukkan telur, garam, sawi dan kubis cina.
  3. Masukkan nasi gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng.

Sumber gambar & resepi : Rasa

17. SAYUR FAT CHOY TOFU

BAHAN-BAHAN:

  • 5 tangkai sawi hijau | dicuci bersih
  • 1 keping tauhu telur | dipotong tebal dan goreng
  • 1/2 biji lobak merah | dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih | dicencang
  • 1 sudu teh tepung jagung | dibancuh air
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan lobak merah dan tambahkan air. Kacau dan biarkan mendidih.
  2. Setelah itu, tambahkan pula minyak bijan dan sawi. kacau dan masak sehingga layu.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  4. akhir sekali, masukkan tauhu telur yang telah digoreng dan kaup balikkan. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Sumber gambar & resepi : Rasa

18. AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam,gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  4. Biarkan  isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  5. Seterusnya masukkan kicap  manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

19. AYAM PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ketul paha ayam
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk lada putih, serbuk paprika, serbuk kunyit dan garam dengan secukupnya. Perap selama satu jam.
  2. Kemudian balut ayam menggunakan daun pandan. Ikat kemas.
  3. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuningkeemasan. Angkat dan tos.

Sumber gambar & resepi : Rasa

20. TAUFU TELUR MASAK SOS HAILAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket taufu telur | dipotong
  • 1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
  • 20gm cendawan | dihiris
  • 20gm isi ayam
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 40ml air
  • 1/ 2 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng tao foo telur hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, isi ayam dan cendawan hingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air.
  3. Seterusnya masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
  4. Susun taufu yang telah digoreng tadi diatas pinggan dan tuangkan sos keatasnya. Sedia untuk dinikmati.

Sumber gambar & resepi: Rasa

21. TELUR DADAR MAYONIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • Bawang besar/kecil dihiris nipis
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang merah ( dihiris)
  • 2 sudu besar mayonis
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Gorengkan telur sehingga masak dan garing.
  3.  Hidangkan.

22. IKAN TENGGIRI SINGGANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 potong ikan tenggiri
  • 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • 4 batang sayur bendi
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa (jika suka)

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.

Sumber : Resepi Che Nom

23. AYAM MASAK KICAP

BAHAN- BAHAN :

  • 6-7 ketul ayam | dilumur garam dan kunyit
  • 6 sudu makan kicap manis
  • 1/2 biji bawang besar Holland | dihiris
  • 2 biji cili padi | dihiris
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | dicincang
  • 5-6 biji tomato ceri
  • Pati ayam dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga sedikit garing.
  2. Angkat dan ketepikan seketika.Dengan guna kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang Holland hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan daun limau purut, bawang putih, serai, cili padi dan halia. Gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah serta kicap.
  5. Masukkan ayam dan perasakan dengan pati ayam serta garam dengan secukupnya. Tambahkan tomato ceri.
  6. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Sumber resepi : Rasa

24. DAGING GORENG SERAI

BAHAN – BAHAN :

  • 250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
  • 1 biji bawang besar| dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih |dicincang
  • 2cm halia | dihiris memanjang
  • 3 batang serai| dihiris serong
  • 1 biji cili merah| dihiris memanjang
  • ½ biji cili benggala | dihiris memanjang
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan.
  3. Masukkan pula hirisan daging, kacaul lebih kurang 2-3 minit.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, tomato, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala.
  6. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.

Sumber gambar & resepi : Rasa

25. DAGING SINGGANG

BAHAN – BAHAN :

  • 500gm daging
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 ulas bawang putih | dihiris nipis
  • 3cm lengkuas | dihiris nipis
  • 2cm kunyit hidup | ditumbuk sehingga lumat
  • 1 sudu makan ketumbar | disangai dan ditumbuk kasar
  • 1 sudu teh jintan manis | disangai dan ditumbuk kasar
  • 10 biji cili padi
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Daging dihiris nipis dan dicuci sehingga bersih.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk. Rebus sehingga daging kelihatan lembut dan empuk.
  3. Akhir sekali, masukkan cili padi dan perasakan dengan span class=”text_exposed_show”>garam dengan secukup rasa.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih

Sumber gambar & resepi : Rasa

26. IKAN TAMBAN MASIN GORENG CILI PADI

BAHAN – BAHAN :

  • 300gm ikan tamban masin
  • 150gm bawang besar | dihiris bulat
  • 100gm cili padi | diracik halus
  • 1 biji limau nipis | diambil jusnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan tamban hingga garing. Ketepikan.
  2. Gorengkan bawang besar dan cili api hingga layu. Angkat dan toskan minyak.
  3. Taburkan bahan yang telah digoreng tadi ke atas ikan tamban. Perahkan jus limau nipis di atasnya.
  4. Sedia dimakan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

27. IKAN MERAH KUKUS MASAK KICAP HALIA

BAHAN- BAHAN :

  • 1 keping isi ikan merah
  • 2 sudu teh kicap cair
  • 2 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Daun bawang (dihiris sebagai hiasan)
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • 1 biji cili besar hijau | belah sedikit di tengah

BAHAN TUMISAN :

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 50gm daun ketumbar
  • 4 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 100gm mentega

CARA MEMASAK :

  1. Cuci ikan merah sehingga bersih dan hilang bau hanyir. Kemudian, lumurkan sos tiram dan kicap cair pada ikan dan kukus selama 5 – 10 minit. Ketepikan.
  2. Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun ketumbar dicincang halus. Tumis dengan mentega dengan kepanasan api sederhana. Masukkan cili hijau besar. Kacau sebati.
  3. Seterusnya, letakkan minyak bijan, garam dan bahan perasa untuk lebih enak. Ketepikan.
  4. Langkah terakhir, tuang bahan tumis ke atas ikan yang telah dikukus. Siap dihidang bersama daun bawang.

Sumber gambar & resepi : Rasa

28. SINGGANG IKAN MERAH

BAHAN – BAHAN :

  • 1 keping ikan merah
  • 2 ulas bawang putih | hiris halus
  • 2 ulas bawang merah | hiris halus
  • 1 batang serai | titik
  • ½ inci halia | hiris
  • ½ inci lengkuas | hiris halus
  • 2 keping asam gelugur
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 2 cawan air
  • Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
  2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
  3. Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.

Sumber gambar & resepi : Rasa

29.  IKAN KEMBUNG MASAK KICAP PEDAS

BAHAN – BAHAN :

  • 2 ekor ikan kembung | bersaiz sederhana
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1cm halia |dihiris
  • 1 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili kering | dikisar
  • 15ml kicap manis
  • 10ml cuka
  • 5gm kunyit | untuk menggoreng ikan

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga ia menjadi agak garing. Angkat dan asingkan seketika.
  2. Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu.
  3. Apabila tumisan telah naik baunya, masukkan cili kering yang telah dikisar terlebih dahulu dan biarkan sehingga naik baunya.
  4. Masukkan pula kicap manis dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit cuka dan air ke dalam kuali.
  5. Perisakan hidangan dengan garam secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan bolehlah dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

30. IKAN BILIS SAMBAL GARING

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ikan bilis | digoreng garing
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 15 tangkai cili kering | dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Selepas itu masukkan garam secukup rasa dan bahan perasa secukupnya. Kacau sehinga rata.
  3. Akhir sekali, gaul dengan ikan bilis tadi seketika.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sumber gambar & resepi : Rasa

tags: |