Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Salted Egg Mac & Cheese’, Tak Muak & Sedap Sampai Tak Boleh Bawa Bincang

Resepi ‘Salted Egg Mac & Cheese’, Tak Muak & Sedap Sampai Tak Boleh Bawa Bincang

Kategori:
Salted Egg Mac & Cheese

Mungkin ramai yang belum pernah dengar Salted Egg Mac & Cheese kan? Sebelum ini hanya biasa makan Mac & Cheese sahaja, mungkin ramai yang tertanya-tanya macam mana rasanya jika digabungkan dengan salted egg. Jika anda mahu mencuba Salted Egg Mac & Cheese ini, ikuti resepi lengkap di bawah.

Resepi Salted Egg Mac & Cheese, Tak Muak & Sedap Sampai Tak Boleh Bawa Bincang

Bahan-bahan:

  • Mentega 1 sudu
  • Daun Kari (Lebihkan jika suka)
  • Daging / Ayam cincang
  • Hexa Garlic Powder 3 sudu
  • Susu segar 2 cawan (goodday)
  • Hexa Salted Egg Powder 5 sudu (Lebihkan jika suka)
  • Mozzarella Cheese (Lebihkan jika suka)
  • Lada Hitam
  • Chilli Flakes
  • Makaroni (rebus)

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega di dalam kuali. Tumiskan daun kari.
  2. Masukkan daging/ayam cincang. Kacau sehingga masak.
  3. Masukkan hexa garlic powder, kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan susu segar dan kacau sebati. Seterusnya masukkan hexa salted egg powder dan kacau rata.
  5. Masukkan pula mozarella cheese, kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan lada hitam (lebihkan untuk elakkan muak) dan chili flakes.
  7. Akhir sekali, masukkan makaroni yang sudah direbus dan gaul rata.
  8. Taburkan chili flakes dan daun kari sebagai hiasan.
  9. Selamat mencuba!

Kredit: ASH (Foodhunter) @Ashril_92

tags: |