Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Resepi Rahsia Sambal Belacan Berserta Tips , Makan Dengan Telur Goreng Pun Padu Tau!

Lelaki Ini Kongsi Resepi Rahsia Sambal Belacan Berserta Tips , Makan Dengan Telur Goreng Pun Padu Tau!

Kategori:
Resepi sambal belacan

Sambal belacan merupakan makanan tambahan yang wajib ada di setiap hidangan bagi mereka yang menyukai hidangan yang pedas. Kalau tiada Sambal Belacan terasa macam ada sesuatu yang tidak lengkap. Sebenarnya nak menghasilkan Sambal Belacan ini cukup mudah tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian agar ianya sedap. Dalam masa yang sama ada beberapa cara atau tips agar Sambal Belacan kita kelihatan menarik dan sedap di makan.

Resepi Rahsia Sambal Belacan Berserta Tips , Makan Dengan Telur Goreng Pun Padu Tau!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Kg campuran cili hijau dan merah (cili besar)
  • Cili padi | ikut tahap kepedasan yang anda mahu
  • 1/2 inci belacan
  • 2 sdm gula
  • 2 sdt garam
  • 3 ulas bawang putih |bakar dahulu dan tumbuk
  • 1 cawan air limau

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cili cili tersebut basuh bersih bersih sekali. Lepas itu potong 1 ulas cili jadi 3-4 potongan kecil. Saya guna gunting je. Mudah.
  2. Saya kisar/blender semua bahan. Jadi teknik mengisar itu penting. Letak potongan cili sikit sampai setinggi mata blender. Masukkan belacan (kalau bubuh belacan dulu nanti lekat lekat bawah bilah blender, leceh)
    Letak separuh dari baki cili, kemudian masukkan garam, gula dan pak aji. Baru letakkan baki. Akhir sekali tuangkan air limau. Tekan butang P/Pulse. Sekejap sekejap. Bagi bahan kisar perlahan lahan. Kita tak nak dia halus sangat.
  3. Haaa, kita nak rupa dia lebih kurang macam ni. Kalau blender tak besar boleh masukkan bila kisaran pertama dah mula turun. Atau boleh buat 2 kali. Habis kisar baru aduk. Tak masalah sebab sambal ini berair, boleh tolong sebatikan rasa walaupun kita gaul kemudian. 
  4. Okay, bekas penyimpanan bagi saya sangat penting. Pilihan saya adalah bekas kaca. Acid atau bahan sedang bereaksi dengan bekas plastik buat tak tahan lama dan rasa berubah. Senang nak buka dan tutup. Bekas yang tutup kena pusing nanti cili boleh meleleh bila nak buka. Nak cedok pun mudah sebab ada getah yang boleh elakkan bau sambal dari merebak ke peti ais atau pun sebaliknya. Bekas ni beli dekat Mr DIY. Tak sampai 11 ringgit harga dia.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Khabbab Jamalludin

 

 

 

tags: