Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Cili Kering Dalam ‘Loghat Terengganu’ Ini Memang Mencuit Hati!

Resepi Sambal Cili Kering Dalam ‘Loghat Terengganu’ Ini Memang Mencuit Hati!

Kategori: ,,
Nasi Dagang Terengganu

Resepi sambal cili kering ini simple sahaja. Apa yang menarik adalah empunya resepi berkongsi resepi dalam loghat bahasa negeri Terengganu yang telah menarik perhatian netizen di Facebook. Posting itu telah mendapat 54 ribu perkongsian kerana ayat yang digunakan sangat melucukan. Jom ikuti perkongsian oleh Wan LuQman. Memang kelakor ngat orang ganu kate! 

Resepi Sambal Cili Kering Dalam ‘Loghat Terengganu’

Assalam sis.

TELUR SAMBAL CILI KERING.

Suapang pertama mesti mikir “eh kene tamboh nasik ni!”.

Hehe harini ambe makan nasi putih dengan lauk ni je. Mu renjis² kicap manih, peroh asang lima, tabur daun bawang skit. Nyandorrrrr.

Selamat mencube dan selamat namboh nasik!
Jom semua orang buat kita kasi viral! 

 

Bahan² dia mudoh je…lade kering tu kalau takmboh rebuh, bilah wi bersih dulu. Takdok sukatang, ikut suke je. Hehe

Lade kering tu mu kerat beloh 2 ok. Pahtu goreng wi garing…

Biar muke hanguh, jangang lade hanguh kekgi pahit lepang!

Tumih ikang bilih dgn bawang putih nok jimat mase. Goreng sapa garing.

Lepah lok sekejap wi sejuk baru tumbok dalam lesung.

Khapow! Khapow! Khapow! Bunyi sound effect proses menumbuk. Kau mampuuu???

Dok terlalu lumat, dok terlalu kasor macang muke mu hahah gura dehhhhh

Tumih 1-2 sos tiram. Takdok pun dakpe. Kalau buh ni die akan jadi lembab² skit.

Lepas tu panahkang minyok, masukkan bahan tumbuk dan masukkang teruh gule dan garang

Pecoh telo 3 butir. Nok kacau sekaligus pun dakpe. Tapi ambe mood nok kuning lembik² skit

Bile hok putih doh masuk, tarik ke tepi skit…hati² jangan sapa pecoh kuning tu. Buleh baloh kekgi semekkkk

Asingkan dulu hok putih tu. Bile kuning tu doh sampai piawaian yang ditetapkan baru angkat buh atah hok putih.

Tadaaa…bijorp menu gini.

Tabur daun bawang dan bawang goreng. Wajib peroh asang lima. Kekgi dok jjjadiiii…dok sedak.

Doh tu nok tunggu ambe suap ke adik mek ke guane?
Dang lagi natang ni pukul gambor nasik..derah sikit lapo doh nim!

Jeput makang awokkkk

Kredit: Wan LuQman

Selamat mencuba deh sek awok!

tags: