Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Goreng Yang Padu & Menyelerakan. Bertambah-Tambah Nasi Bila Ada Sambal Ini!

Resepi Sambal Goreng Yang Padu & Menyelerakan. Bertambah-Tambah Nasi Bila Ada Sambal Ini!

Kategori: ,,
resepi sambal goreng

Sambal Goreng merupakan antara sambal yang wajib anda cuba buat dan makan. Ia merupakan bahan atau menu sampingan yang perlu ada. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang yang gemar makan makanan pedas. Memang sambal ini perlu ada dalam setiap hidangan anda. Selain boleh jimat rasanya juga sangat sedap. Sekali makan terus jatuh cinta. Boleh ingat sampai bila-bila tau.

Nak cuba buat Sambal Goreng ini? Jom kita lihat perkongsian resepi dari Ben Safwan. Katanya resepi sambal ini merupakan versi tekaknya. Kalau tak jumpa bahan-bahan ni dekat kedai, mungkin anda boleh cari dekat Shopee. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula memasak sekarang!

Cara Buat Sambal Goreng Yang Padu Dan Sedap!

Bahan-bahan:

  • 200 gram cili hijau thai ( berat termasuk tangkai )
  • 200 gram bawang merah siap kupas
  • 1 biji tomato sederhana besar
  • 2 sudu makan ibu sambal ( boleh ganti dengan 30 gram cili merah thai berat bersih )
  • 2 batang saderi berat 150-170 gram
  • 2 pokok ketumbar ( 9-10 tangkai )
  • 1 keping ikan tenggiri jeruk
  • 1 cm x 1 cm halia dengan tebal 0.5 cm juga
  • 2 hirisan lengkuas 4×5 cm dengan tebal 0.2 cm
  • 25 gram gula kabong thai warna oren tu
  • 20 gram belacan
  • 1 keping asam keping kampung elokkkk
  • Garam/serbuk perasa knorr /gula putih
  • Minyak

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan semua bahan dan masukkan dalam chopper. Kalau takde chopper blender kasar.
  2. Letak minyak banyak dalam kuali dan panaskan. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan api sederhana kecil je. Tumis sampai pecah minyak berulang kali.
  3. Api tu kecil betul bila dah selepas satu kali dia pecah minyak. Baru sambal tak hangus bawah dan tak terpercik.
  4. Bila nampak dah elok masak semua, tambah serbuk perasa /garam/gula ikut tekak masing-masing.
  5. Sedap bila semua bercampur. Boleh guna batang saderi dengan daun ketumbar, rasa dia lebih sedap.
  6. Minyak banyak takpe. Nanti nak simpan tahan lama kat luar senang. Tak payah masuk dalam peti. Sebab kita dah tumis 40-45 minit api kecik. Air dalam cili/batang sadeei dah kering dah.
  7. Nanti nak makan jangan diambil minyak tu. Ambil sambal dia saja.

Mudah sahaja kan nak buat Sambal Goreng ni? Makan dengan telur dadar, telur mata, ayam goreng, ikan goreng dan apa-apa hidangan pun sangat best ni. Buat banyak terus kemudian simpan dalam balang kaca. Boleh tahan lama tau. Kalau lapar tengah malam, goreng telur mata kemudian makan dengan sambal ni. Memang sedap!

Kredit: Ben Safwan

Baca juga: Cara Ringkas Buat Sambal Padang, Tak Perlu Nak Masak Banyak Lauk. Cukup Sambal Ini Sahaja!

tags: |