Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Cara Ringkas Buat Sambal Padang, Tak Perlu Nak Masak Banyak Lauk. Cukup Sambal Ini Sahaja!

Cik Lawa by Cik Lawa
September 16, 2023
in Resepi
2 min read
0 0
0
cara ringkas sambal padang
0
SHARES
153
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sambal lada merupakan antara hidangan yang perlu ada bagi peminat makanan pedas. Setiap kali menjamu selera, jika tiada sambal pasti rasa tidak lengkap bukan? Sambal ini bukan sahaja menjadi menu utama malah menjadi penyelamat saat hilang idea untuk menyediakan apa-apa masakan.

BacaJuga

sambal belimbing hitam

Sambal Belimbing Hitam Resepi Ummi, Tentu Sangat Sedap! Paling Best Makan Dengan Nasi Camtu Je

September 7, 2023
155
sambal goreng jawa

Resipi Sambal Goreng Jawa, Sedap Sangat Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas Sampai Tak Perasan Orang Lalu

Ogos 22, 2023
438

Sambal lada atau sambal belacan sudah enak bukan? Tapi apa kata buat Sambal Padang ini pula. Rasanya lebih enak dan menyelerakan. Kalau tak tahu nak masak apa dan bosan dengan lauk biasa, masak sahaja sambal ini. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Khabbab Jamalludin ini.

Resepi Ringkas Sambal Padang Yang Sedap

Bahan-bahan:

  • Sedikit bawang besar
  • Sedikit bawang putih
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili api
  • Asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Daun limau purut
  • Ajinomoto | jika suka

* Kuantiti agak-agaklah ya. Di dalam gambar, bawah lapisan yang nampak ni ada dalam dua lapisan lagi

Cara Penyediaan:

  1. Basuh bahan di atas dan toskan. Masukkan dalam alat pengisar. Tambahkan sedikit air. Kisar kasar semua bahan.
  2. Kemudian, panaskan minyak. Tumis dalam minyak panas. Pastikan minyak kena betul-betul panas. Minyak banyak dalam separuh dari jumlah bahan kisar.
  3. Bila dah bertukar sikit warna cili, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk ke apa, sambil kacau kejap kejap. Jangan kerap sangat nanti dia menyampah. Jangan lama sangat nanti dia kata kita dah tak kisah.\
  4. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak, masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh masukkan ajinomoto kalau suka.
  5. Tutup kejap. Lepas 5 minit boleh tutup api.
  6. Saya simpan dalam bekas kaca. Lebih baik dari bekas plastik. Memang berminyak sikit tapi minyak tu yang buat tahan lebih lama. Lepas tu kena simpan dalam peti sejuk (bukan beku) ya.

*Bila nak makan, saya senduk masuk dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave 1 minit.

Mudah sahaja kan nak sediakan Sambal Padang ni? Buat banyak terus kemudian simpan dalam peti ais. Nak makan panaskan balik je. Bukan sahaja mudah malah rasanya juga sangat enak dan begitu menyelerakan. Nak makan dengan sayur terung, ayam goreng, telur goreng dan ikan goreng pun sangat sesuai tau!

Selamat mencuba!

Kredit: Khabbab Jamalludin

Baca juga: Resepi Sambal Cili Thai Berserta Sup, Hidangan Yang Simple Namun Sungguh Menyelerakan!

 

5/5 (1 Review)
Premium WordPress Themes Download
Download Nulled WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
Download Best WordPress Themes Free Download
udemy free download
download intex firmware
Tags: sambalsambal padang
ShareTweetSend

Related Posts

Puding Buah Kastard
Resepi

Resipi Puding Buah Kastard Homemade, Letak Dalam Peti Sejuk-Sejuk Terus Makan! Yummy…

September 22, 2023
177
Serbuk Asam Boi
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Asam Boi Kaw Guna 3 Bahan Saja, Tabur Atas Jambu Atau Mangga Memang Sedap!

September 22, 2023
163
biskut telur crunchy
Masak Apa Hari Ini?

Unik Sangat! – Ini Cara Buat Biskut Telur Crunchy, Kudapan Ringan Yang Jarang Orang Buat Tapi Rasanya Memang Wow!

September 21, 2023
101
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist