Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Sambal Ikan Aye & Nasi Lemak Versi Terengganu Yang Cukup Padu, Rugi Kalau Tak Cuba!

Cik Lawa by Cik Lawa
April 18, 2022
in Masak Apa Hari Ini?
2 min read
0 0
0
resepi sambal ikan aye
1
SHARES
28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Masakan Terengganu antara yang sangat popular adalah Nasi Dagang dan juga Nasi Lemak Ikan Aye. Hidangan ini pasti akan dicari atau dimakan oleh pengunjung dari negeri luar. Jika ke Negeri Terengganu tanpa pekena makanan tersebut tidak sah kan?

BacaJuga

GETAH DALAM SAMBAL

Temui Getah Dalam Sambal Nasi Lemak Yang Dibeli, Wanita Ini Rasa Keliru

Jun 27, 2022
1.9k
resepi sambal belacan

Resepi Sambal Belacan Yang Mudah & Sedap

Jun 25, 2022
251

Namun waktu sekarang agak sekarang untuk pergi bercuti, jadi apa kata buat sendiri sahaja Sambal Ikan Aye dan Nasi Lemak versi Terengganu ini. Lihat sahaja perkongsian resepi dari Muliadi Ramli ini. Langkahnya sangat ringkas namun rasanya sangat padu.

Resepi Sambal Ikan Aye

Bahan-bahan:

  • 5 ketul ikan aye | dibersihkan dan direbus dengan garam dan asam keping
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 2 batang serai | diketuk
  • 1/2 keping gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • Garam dan gula
  • Perasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar: 

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 20 tangkai cili kering | dibuang biji dan direndam air panas
  • Belacan
  • 5 biji cili api

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis serai dan duan pandan sehingga naik bau.
  2. Kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan kering.
  3. Apabila dah kering tambahkan air, tumis lagi. Bila hampir kering, masukkan air rebusan ikan, gula melaka, air asam jawa dan kacau.
  4. Kemudian masukkan ikan, kecilkan api biar kuah mendidih dengan api yang kecil.
  5. Apabila kuah dah pekat masukkan garam, gula dan perasa.
  6. Kacau bagi sebati. Apabila kuah dan betul-betul cantik dan pekat, matikan api.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi | direndam 40 minit dan toskan
  • 2 biji bawang merah | dimayang
  • 2 batang serai | diketuk
  • 1 inci halia | dihiris nipis
  • 1 kotak santan kecil | dicampur dengan 1 kotak air dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sebati.

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan periuk, masukkan beras yang sudah ditos dengan semua bahan-bahan di atas dan santan.
  2. Kacau rata dan tambah air biasa. Paras air lebih sedikit sahaja dari beras.
  3. Tutup periuk masak macam biasa.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sambal Ikan Aye bersama Nasi Lemak versi Terengganu ini? Kalau sebelum ini anda hanya makan nasi lemak berlaukkan telur, ikan bilis, sotong, kerang apa kata kali ini buat pula nasi lemak berlaukkan ikan aye versi Terengganu ini. Pasti puas hati punya!

Selamat mencuba!

Kredit: Muliadi Ramli 

Baca juga: Resepi Nasi Arab Mandy Yang Sedap, Tak Payah Susah-Susah Beratur. Buat Sendiri Je Di Rumah!

0/5 (0 Reviews)
Download Nulled WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
udemy free download
download redmi firmware
Tags: nasi lemaksamabl ikan ayesambalSambal Ikan
ShareTweetSend

Related Posts

AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Julai 2, 2022
10
KEK KELADI
Masak Apa Hari Ini?

Kek Keladi Sering Menjadi Pilihan Ramai Untuk Jamuan, Ini Resepinya Yang Korang Boleh Cuba

Julai 2, 2022
37
sambal daging cili merah
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Sambal Daging Cili Merah, Khas Untuk Penggemar Makanan Pedas!

Jun 30, 2022
76
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist