Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sedapnya Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Ini Resepi Sambal Kentang Yang Menyelerakan Menjadi Kegemaran Ramai Sepanjang Masa

Sedapnya Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Ini Resepi Sambal Kentang Yang Menyelerakan Menjadi Kegemaran Ramai Sepanjang Masa

Kategori: ,

Masyarakat Malaysia sudah tidak asing lagi dengan sambal, pelbagai jenis sambal menjadi kegemaran ramai. Antara yang mendapat tempat di hati penggemar kentang adalah sambal kentang.

Menikmati sambal kentang bersama dengan nasi panas menggamit memori zaman kecil dahulu. Bahkan boleh tambah nasi sehingga berpinggan-pinggan, sungguh menyelerakan.

Jom kita ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh @darlinelly di akaun TikToknya.

Sedapnya Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Ini Resepi Sambal Kentang Yang Menyelerakan Menjadi Kegemaran Ramai Sepanjang Masa

Bahan-bahan

  • 3 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang cili merah
  • Cili padi (agak-agak)
  • 3 biji kentang
  • Ikan bilis

sambal kentang

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua cili dan potong 3 biji kentang mengikut citarasa masing-masing.     sambal kentang
  2. Goreng kentang yang telah dipotong ke dalam minyak panas sehingga keperang-perangan, angkat dan toskan.                                                                                                                    sambal kentang
  3. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan.                                         sambal kentang
  4. Goreng cili yang telah di kisar ke dalam minyak tadi, masukkan garam, gula dan sedikit perasa kedalam masakan.                                                                                                                sambal kentang
  5. Campurkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi ke dalam kuali berisi cili tadi. sambal kentang
  6. Kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan siap untuk dihidang.                                                             sambal kentang

Akhirnya, sudah siap sambal kentang yang menjadi kegemaran ramai ni, mudah je nak buat bahan-bahan pun senang cari. Bukan isteri je boleh buat suami pun boleh bila lagi para suami nak tunjuk kehebatan memasak kan?

Untuk kefahaman yang lebih, boleh juga lihat video yang telah dikreditkan.

Kredit: darlinelly

Baca Juga: Resepi Sambal Ikan Meletop, Menu Kesukaan Ramai. Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

tags: | | |