Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Kicap Ala Orang Johor, Wajib Ada Dalam Peti Sebab Serbaguna & Sedap Mengancam

Resepi Sambal Kicap Ala Orang Johor, Wajib Ada Dalam Peti Sebab Serbaguna & Sedap Mengancam

Kategori:
Resepi Sambal Kicap

Resepi sambal kicap ala orang Johor perkongsian oleh Afy AL Habibi‎. Sambal kicap serbaguna, kalau ada sambal kicap ni mudah nak cicah tauhu begedil, makan dengan soto, untuk mihun sup dan untuk cicah siakap goreng pun memang sedap mengancam. 

Gambar sambal kicap cikgu cicah siakap goreng tu memang mengancam. Ramai kawan fb cikgu terliur. Sebenarnya cikgu tambah cili potong dengan letak bawang je guna sambal kicap sama.
Nampak betul-betul sedap kan?

Jadi cikgu nak kongsilah sambal kicap ikut gaya cikgu sendiri.

Resepi Sambal Kicap Ala Orang Johor

1. Bahan-bahan yang diperlukan:
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.

5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa. Tambahkan juga secubit garam jika perlu.

6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*

*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*

Semoga bermanfaat!

tags: