Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rahsia Resipi Sambal Nasi Berlauk Kelantan, Rasa Masam Manis Yang Sebati & Sedap

Rahsia Resipi Sambal Nasi Berlauk Kelantan, Rasa Masam Manis Yang Sebati & Sedap

Kategori: ,
sambal nasi berlauk Kelantan

Bagi sesetengah orang, kalau tak ada sambal, memang tak jalan lah kan kalau makan nasi? Sambal ni boleh jadi penambah selera yang luar biasa kalau kena dengan rasa. Makan bersama lauk dan nasi panas-panas tu memang sedap sangat!

Resepi sambal pula banyak cara penyediaannya. Mungkin sambal nampak sama, tapi kalau cara masak lain, ia memang akan rasa lain. Kalau korang nak try sambal nasi berlauk Kelantan yang sedap dan masam manis rasanya, jom try resepi perkongsian Nur Athiya ni.

Rahsia Resipi Sambal Nasi Berlauk Kelantan, Rasa Masam Manis Yang Sebati & Sedap

Bahan-Bahan:

  • bawang besar bakar
  • 2 ulas bawang putih bakar
  • lada burung @ cili api semangkuk
  • gula 1 sudu besar (kalau suka manis tambah lagi)
  • garam 1 sudu kecil
  • cuka makan satu sudu besar
  • sedikit air

Cara Penyediaan

  1. Caranya mudah sahaja, hanya blend bahan di atas dan siap!
  2. Sesuai dimakan bersama nasi berlauk, nasi kakwok dan nasi sup.
  3. Simpan dalam bekas yang kering dan masukkan ke dalam peti untuk mengekalkan ketahanannya berbulan-bulan.

sambal nasi berlauk Kelantan sambal nasi berlauk Kelantan sambal nasi berlauk Kelantan

Senang kan nak buat sambal nasi berlauk Kelantan ni. Memang ngam rasanya untuk sesiapa yang suka rasa masam manis sebati. Kalau nak masam lagi, letak asam limau lagi. Begitu juga kalau nak pedas, boleh tengok berdasarkan kuantiti cili.

Nanti nak makan, keluarkan je dari peti. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Nur Athiya

Baca juga: Resepi Ikan Bawal Steam Chinese Style, Rasa Pedas Masin Sos Buat Hidangan Lagi Sedap!

tags: | |