Ini dia sambal petai ikan bilis versi indonesia. Umum mengetahui bahawa indonesia sangat terkenal dengan sambal-sambal yang enak dan menyelerakan. Mungkin sambal indonesia lebih sedap kerana cara atau kaedah memasak yang digunakan. Sambal petai ikan bilis versi indonesia ini korang patut cuba.
Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Versi Indonesia, Sangat Enak Dimakan Bersama Nasi Panas
BAHAN-BAHAN:
- 200 g cili merah besar
- 100 g cili padi merah
- 3 biji tomato merah (ukuran sederhana)
- 5 papan petai
- 100 gram ikan bilis
- 1o ulas bawang merah
- 5 ulas bawang merah | diiris
- 3 biji limau nipis
- Garam
- Sedikit gula pasir
CARA PENYEDIAAN:
- Cuci bersih ikan bilis. Sangai sampai ikan bilis matang lalu ketepikan.
- Kukus cili dan tomato lalu tumbuk dengan bawang merah mentah, masukkan garam dan gula.
- Goreng petai bersama kulitnya dan ketepikan. (Caranya buang dulu tepi-tepi petai, dan potong di tengah sedikit.)
- Goreng bawang merah yang diiris tadi. Setelah bawang naik bau dan kekuningan tuangkan ke atas sambal yang ditumbuk tadi.
- Masukkan petai dan ikan bilis.
- Kacau sehingga sekata dan masukkan air perahan limau.
Nota:
- Petai juga boleh di kukus dengan cili sekali tadi. Dan kalau nak buang kulit tu pun boleh. Ikut selera masing-masing.
- Ikan bilis tu boleh je kalau nak goreng, tapi bila masukkan dalam sambal dia akan jadi liut atau keras. Kalau ikan bilis di sangai akan lembut dan tidak keras malah lebih sedap.
- Kalau anda tak suka bawang merah yang mentah, anda boleh kukus terlebih dahulu bersama-sama dengan cili tadi. Tapi versi bawang mentah memang di jamin lebih sedap.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: aras_galeri