Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Dan Menyelerakan, Sekali Hidang Terus Licin!

Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Dan Menyelerakan, Sekali Hidang Terus Licin!

Kategori:
resepi sambal sotong

Sambal sotong merupakan antara hidangan yang mudah untuk dimasak. Tambahan pula ianya sangat sedap dan memang menaikan selera. Kalau orang yang nak diet, tak sarankan cuba Sambal Sotong ini sebabnya takut nanti tak boleh berhenti makan. Nak menyediakan Sambal Sotong ini juga cukup mudah, jom kita ikuti resepi perkongsian Zurina Zukefli di bawah ini.

Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Dan Menyelerakan, Sekali Hidang Terus Licin!

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong
  • Cili kisar kering
  • Bawang merah | Hiris
  • Bawang besar | Hiris
  • Bawang putih | Hiris

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan 5 sudu besar cili kering kisar, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  4. Masukkan sotong. Gaul sebati dan biarkan masak sehingga jus sotong keluar, tak perlu tambah air.
  5. Bila sambal sudah berkuah, masukkan 2 asam keping.
  6. Gaul sebati, citarasakan dengan garam dan gula. Ya ampun, saya boleh buat termasin tadi. Jadi terpaksa guna sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
  7. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Tepung Kayangan Sangat Sedap Dan Memuaskan! Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

tags: