Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Tempoyak Udang Petai Yang Padu, Puas Hati Makan Licin Satu Kuali!

Resepi Sambal Tempoyak Udang Petai Yang Padu, Puas Hati Makan Licin Satu Kuali!

Kategori: ,
resepi sambal tempoyak udang petai

Sambal Tempoyak Udang Petai merupakan antara menu yang paling enak di dunia. Lebih-lebih lagi kalau anda memang hantu tempoyak atau petai. Memang sungguh nikmat rasanya. Makan dengan nasi putih yang masih lagi panas, memang tak cukup satu kuali sambal ni.

Jadi bagi anda yang nak cuba buat Sambal Tempoyak Udang Petai ini bolehlah ikuti perkongsian dari Azlina Ina di bawah ini. Confirm tak menyesal!

Cara Buat Sambal Tempoyak Udang Petai Yang Mudah

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang
  • 4-5 sudu besar tempoyak
  • Cili padi (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Ikan bilis halus (wajib ada supaya sambal lebih berlemak)
  • 2-3 batang serai yang dititik
  • 3-4 sudu besar gula.

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk cili bersama ikan bilis.
  2. Apabila sudah lumat, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama serai dengan minyak sederhana sehingga agak garing.
  3. Masukkan pula tempoyak dan gula. (jika tempoyak manis, kurangkan gula)
  4. Masukkan 1/4 air ke dalam lesung sisa cili dan ikan bilis tadi. Kalau suka berkuah, lebihkan air. Kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan naik minyak.
  6. Kemudian masukkan udang sehingga bertukar warna merah. Letakkan garam dan perasa.
  7. Akhir sekali masukkan petai.
  8. Kalau suka berkuah, letakkan lagi sedikit air.
  9. Sedia untuk dihidang.

Mudah sahaja kan nak sediakan Sambal Udang Tempoyak Petai ini? Bahan yang diperlukan juga sangat mudah untuk didapatkan. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masak sekarang dan nikmati kesedapannya!

Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina

Baca juga: Resipi Sambal Bilis Petai Tempoyak, Memang Sedap Tak Cari Lauk Lain Dah!

tags: | |